(Video) Dah Bersara Dari UFC, Khabib Dapat Tawaran Jadi Pemain Bola Sepak Dari Kelab Rusia

Bintang Russia, Khabib Nurmagomedov telah menerima ‘tawaran’ untuk menyertai pasukan bola sepak kelab divisyen tiga Rusia, FC Kamaz.

Perkara ini terjadi selepas Ikon UFC ini menunjukkan bakatnya selepas menyertai perlawanan di sekolah latihan Spartak Moscow di Dubai.

Menerusi Instagram Kamaz berkata mereka menawarkan Khabib untuk melakukan penampilan pertama dengan menjadi sebahagian daripada pasukan ini.

Katanya lagi, PFl merupakan bola sepak untuk UFC. Mereka beraksi pada setiap perlawanan untuk menang dan bercia-cita menyertai FNL iaitu kelab divisyen kedua.

Kelab mereka kini sudah bersedia untuk menawarkan sijil kepada Khabib. Jika tiada halangan, tarikh kemasukan Khabib ke kelab berkenaan akan diumumkan secepat mungkin.

Bintang UFC tersebut dilihat memberi fokus terhadap bidang bola sepak selepas mengumumkan persaraan daripada UFC tempoh lalu.

 

Sumber: The Sun

The post (Video) Dah Bersara Dari UFC, Khabib Dapat Tawaran Jadi Pemain Bola Sepak Dari Kelab Rusia appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments