(Video) Aksi Rileks Lelaki Berjalan Dengan Lebah ‘Bersarang’ Di Lengannya Buat Ramai Meremang Tengok

Agak ‘menyeramkan’, seorang lelaki mengejutkan orang ramai apabila ‘memindahkan’ lebah dari sarang ke lengannya.

Dalam satu video yang tular di media sosial, lelaki yang berasal dari Dominican Republic itu dilihat sangat bersahaja walaupun lengannya dihurung oleh serangga berbisa itu.

Lelaki itu mengatakan bahawa dia tidak akan disengat oleh semua serangga itu kerana mereka mengikuti ratu lebah yang sedang dipegang olehnya.

Menurut Daily Mail, lelaki itu ‘mengangkut’ sarang lebah itu dan memasukkannya ke dalam kotak.

Gambar via Daily Mail

Rakaman itu juga telah menimbulkan perbincangan di dalam laman media sosial Reddit, kebanyakan mereka tertanya-tanya bagaimana lelaki itu boleh memindahkan sarang tersebut.

“Kawanan lebah itu sangat menakutkan namun ia adalah yang paling jinak kerana hanya ingin mencari ‘rumah’ baharu sambil melindungi ratu mereka.

“Oleh kerana ratu tidak merasa terancam dan tidak dicederakan, jadi ‘pengikutnya’ hanya mengikuti sahaja,” kata seorang pengguna Reddit.

Tidak kurang ada juga yang mengesyaki bahawa serangga itu tidak menyerang kerana ia dapat mencium bau feromon yang menandakan bahawa mereka tidak dicederakan.

Feromon adalah campuran bahan kimia yang dikeluarkan oleh lebah madu ke sarang atau persekitaran untuk menyatakan perubahan tingkah laku atau fisiologi lebah lain dari spesies yang sama.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Aksi Rileks Lelaki Berjalan Dengan Lebah ‘Bersarang’ Di Lengannya Buat Ramai Meremang Tengok appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments