(Video) Air Empangan Dilepaskan, Orang Kampung Di Pattani Tak Lepas Peluang Terjun Ke Sungai Tangkap Ikan-ikan Besar

Negara kita sekarang sedang mengalami fasa sukar dan berduka apabila sinar tahun baharu 2021 ini ‘ditenggelamkan’ oleh musibah banjir.

Banyak negeri yang terjejas, di samping ribuan mangsa juga turut terasa ‘peritnya’. Malah lebih menyedihkan, ada juga nyawa-nyawa yang tidak berjaya diselamatkan.

Pelbagai langkah keselamatan dikuatkuasakan kerajaan dan agensi-agensi berkaitan bagi membendung sebarang kejadian tidak diingini, apatah lagi kita masih lagi ‘berperang’ dengan pandemik COVID-19 yang entah bila noktahnya.

Bagaimanapun, suasana banjir di negara jiran pula agak berbeza berbanding kita. Jika kita berasa takut, mereka pula lain ceritanya.

Laman Facebook warga Melayu Pattani, Thailand iaitu Wartani baru-baru ini ada memuat naik video aktiviti seakan sukan air banjir yang nampaknya seperti menyeronokkan.

Tangkap layar daripada video asal.
Tangkap layar daripada video asal.

Difahamkan, laluan air yang besar tersebut bukanlah bencana banjir yang benar-benar melanda kawasan kampung itu.

Namun ia sebenarnya merupakan air limpahan yang dilepaskan dari empangan besar bagi mengelakkan banjir buruk berlaku.

Atas kesempatan itu, warga kampung di sana menjadikan pelepasan air empangan itu sebagai satu ‘lubuk rezeki’ mereka.

Mereka yang ingin ‘mencari rezeki’ akan terjun ke dalam sungai yang deras itu untuk menangkap ikan-ikan yang dipercayai dilepaskan dari empangan tersebut.

Sambil bersabung nyawa bertarung dengan deras air yang kuat, mereka tetap tidak mengambil ringan akan soal keselamatan di mana jaket keselamatan turut digunakan oleh semua ‘peserta’.

Tangkap layar daripada video asal.
Tangkap layar daripada video asal.
Tangkap layar daripada video asal.

Menariknya, hasil daripada ‘pertarungan’ tersebut, ramai yang berjaya menangkap beberapa ikan yang agak besar saiznya.

Ada yang dapat tangkap lima ekor, ada yang kurang. Bergantung pada kemampuan masing-masing.

Berpandukan komentar-komentar daripada rakyat tempatan, antara ikan besar yang berjaya ditangkap peserta ialah ikan keli raksasa dan ikan pangasius.

Di sebalik kegembiraan mereka mendapatkan ikan-ikan ini, tindakan pelepasan air dari empangan yang dijalankan pihak berkaitan merupakan satu langkah keselamatan penting ketika berlakuknya bencana banjir.

Apabila hujan lebat yang berterusan berlaku sehingga naiknya banjir, empangan tidak mampu untuk menampung kuantiti air yang begitu banyak.

Risiko yang bakal dihadapi adalah tembok empangan tersebut dikhuatiri akan retak dan pecah, sekalis membuatkan air takungannya melimpah ruah ke kawasan sekitarnya.

Sudah tentu ia akan mengakibatkan banjir lebih besar dan buruk berlaku.

Apa-apa pun, mari kita tonton video penuh aktiviti menyeronokkan ini yang dikongsikan semula oleh pengguna Twitter @najibjer di bawah ini.

Sumber: Wartani / Twitter @najibjer

The post (Video) Air Empangan Dilepaskan, Orang Kampung Di Pattani Tak Lepas Peluang Terjun Ke Sungai Tangkap Ikan-ikan Besar appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments