(Video) Abang “Rider” Ini Sanggup Pertaruh Keselamatan Diri, Demi Selamatkan Kura-kura Melintas Jalan

Di muka bumi ini, bukan manusia sahaja yang hidup. Terdapat juga flora dan fauna yang tinggal bersama-sama dengan kehidupan manusia. Disebabkan itu, istilah saling bantu-membantu peril diamalkan dalam kehidupan seharian tidak kira mereka bersaiz besar mahupun kecil.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang penunggang motosikal yang membantu seekor kura-kura melintas jalan di Bukit Panjang. Difahamkan, rakaman video tersebut dimuat naik oleh seorang lelaki warga Singapura, Vincent Teo dan dikongsikan di sebuah laman Facebook Singapore Wildlife Sightings.

Merujuk rakaman video itu, penunggang itu dilihat turun dari motosikalnya lalu menghampiri ke arah kura-kura tersebut. Malah, penunggang itu turut memberikan isyarat tangan supaya kenderaan yang melalui jalan tersebut untuk berhenti.

Tindakan itu membuatkan beberapa kereta terpaksa berhenti dan menunggu sementara penunggang motosikal menghampiri kura-kura yang berada di tengah jalan tersebut. Kemudian, penunggang itu dilihat menggunakan sesuatu objek panjang untuk mengalihkan kura-kura itu melintas jalan dengan lebih cepat.

Menjengah di ruangan komen, perbuatan penunggang motosikal itu mendapat pujian oleh para warganet kerana sanggup korbankan nyawa untuk menyelamatkan seekor kura-kura di selekoh jalan raya yang sibuk.

Amazing act of kindness towards our fellow creatures. No matter how small… 🐢

Posted by Vincent Teo on Wednesday, January 20, 2021

Sumber: Mothership

The post (Video) Abang “Rider” Ini Sanggup Pertaruh Keselamatan Diri, Demi Selamatkan Kura-kura Melintas Jalan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments