Thaipusam: Dakwaan Pergerakan Pedati Langgar SOP Adalah Tidak Benar

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Kapsyen pada video tular di laman sosial yang mendakwa berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika pergerakan pedati sempena sambutan perayaan Thaipusam malam tadi adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata sebaliknya video yang dirakam pada 3 pagi tadi di Kuil Sri Maha Mariamman Jalan Tun H.S Lee di sini memaparkan pihak polis membantu mempercepat pergerakan pedati selepas diminta penganjur.

Beliau berkata hanya 10 orang dibenarkan terlibat dalam pergerakan pedati itu bagi mematuhi SOP yang ditetapkan okerajaan.

“Polis yang membantu pergerakan pedati itu kesemuanya ialah pegawai dan anggota berbangsa India,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan diminta menyalurkannya dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

— BERNAMA

The post Thaipusam: Dakwaan Pergerakan Pedati Langgar SOP Adalah Tidak Benar appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments