
Kerajaan bersetuju untuk lanjutkan waktu operasi kedai makan dan restoran di kawasan Perintah kawalan Pergerakan (PKP). Para peniaga kedai makan dan restoran dibenarkan membuka premis mereka sehingga pukul 10 malam bermula esok , 22 Januari 2021.
Menerusi sidang media perkembangan PKP oleh Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa kedai makan di kawasan PKP akan dibuka hingga pukul 10 malam atas permintaan masyarakat.
Justeru itu, kerajaan juga membenarkan kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera atau pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam bermula esok, 22 Januari 2021.
Akitivti penjualan makana hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja bermula pada pukul 6 pagi hingga 10 malam.
KERAJAAN SETUJU OPERASI KEDAI MAKAN DAN RESTORAN DILANJUTKAN SEHINGGA 10.00 MALAM BERMULA 22 JANUARI 2021 pic.twitter.com/bXQvWNMY4u
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) January 21, 2021
SIARAN LANGSUNG : SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.
SIARAN LANGSUNG : SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.
Posted by Majlis Keselamatan Negara on Thursday, January 21, 2021
Sumber: Sidang media MKN
The post TERKINI: Operasi Kedai Makan, Restoran Di Kawasan PKP Dibenarkan Sehingga Jam 10 Malam Bermula Esok appeared first on Siakap Keli.
0 Comments