TERKINI DARURAT: Kerajaan Tidak Akan Mencampuri Urusan Mahkamah, Badan Kehakiman Akan Terus Berfungsi Sepanjang Darurat

Badan kehakiman akan dijamin terus berfungsi untuk menegakkan hukum dan keadilan sepanjang tempoh darurat dikuatkuasakan.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan tidak akan mencampuri sebarang urusan mahkamah.

“Kerajaan Perikatan Nasional akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan tidak akan sekali-kali mencampuri urusan mahkamah,” katanya.

Perintah darurat telah diisytiharkan oleh YDP Agong pada hari ini dan dijangka akan berkuatkuasa sehingga 1 Ogos 2021 atau lebih awal jika kes harian COVID-19 dapat dibendung.

Pengumuman Khas Darurat

Pengumuman Khas Darurat oleh YAB Perdana Menteri (12 Januari 2021)

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Monday, January 11, 2021

Sumber: RTM

The post TERKINI DARURAT: Kerajaan Tidak Akan Mencampuri Urusan Mahkamah, Badan Kehakiman Akan Terus Berfungsi Sepanjang Darurat appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments