TERKINI: 1,741 Kes Baharu COVID-19 Dicatatkan Hari Ini, Jumlah Kumulatif Kes Kematian Kini 501

Sebanyak 1,010 kes sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital dicatatkan pada hari ini danmenjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 98,228 kes (81.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes baharu yang dicatatkan hari ini pula adalah sebanyak 1, 741.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 120,818 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 22,089 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lapan (8) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,733 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 687 kes (39.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 541 kes (78.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 303 kes (17.4 peratus) dan Johor sebanyak 295 kes (16.9 peratus).

Sebanyak 32 kes (1.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Telok Mas (10 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Tembok Choh (6 kes), Kluster Tembok Gajah (3 kes), Kluster Tembok (2 kes), Kluster Tembok Mempaga (1 kes), dan GK Tawau (1 kes).

Sehingga kini, terdapat 122 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 501 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER JALAN DUYONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 536 individu telah disaring, di mana 110 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PASAR JALAN SENTOSA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-118272) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN NAKHODA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 99 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER EHSAN IBOL

Kluster ini melibatkan daerah Hulu Perak, Larut, Matang, dan Selama di Perak serta daerah Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-111642) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TELOK MAS

Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan di daerah Melaka Tengah di Melaka. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114991 dan kes ke-114993) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 33 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Sumber: RTM, KKM

The post TERKINI: 1,741 Kes Baharu COVID-19 Dicatatkan Hari Ini, Jumlah Kumulatif Kes Kematian Kini 501 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments