Tak Ramai Tahu, Rupanya Ada Inisiatif #MyMudah, Bantu Peniaga Terjejas Covid-19

Pandemik COVID-19 yang melanda negara menyebabkan ramai rakyat yang terkesan. Impaknya bukan sahaja kepada individu, malah peniaga atau syarikat turut berdepan dengan penurunan hasil jualan. Lebih teruk, ada yang terpaksa gulung tikar dan mengurangkan pekerja sekaligus menjejaskan ekonomi semua lapisan rakyat.

Jika korang merupakan salah seorang di antara peniaga atau pemilik syarikat yang berdepan dengan krisis ini, inisiatif yang ingin kami kongsikan oleh kerajaan menerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) ini mungkin memberi sedikit kelegaan kepada korang. Ha apa itu?

Pernah dengar MalaysiaMudah (#MyMudah) yang dilancarkan pada 20 Julai 2020 yang lalu? Bagi korang yang belum tahu, program ini dapat membantu mengurangkan beban syarikat dan perniagaan yang terpaksa berdepan dengan pelbagai peraturan dan kerenah birokrasi sewaktu pandemik.

Bagaimana #MyMudah berfungsi untuk kurangkan beban peniaga?

Apabila menggunakan platform #MyMudah ini, korang sebagai pemilik perniagaan akan dapat berhubung secara ‘direct’ dengan kerajaan melalui MPC untuk menyuarakan masalah yang mengekang perniagaan daripada terus beroperasi atau tidak dapat berkembang.

MPC secara produktif bertindak sebagai ‘telinga’ yang akan mendengar masalah yang membebankan pemilik perniagaan dan bersama memulakan perbincangan awal. Seterusnya, MPC akan mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada pihak pengawal selia peraturan berkaitan, yang akan meneliti seterusnya melaksanakan cadangan tersebut bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh peniaga.

Untuk lebih jelas, kami berikan contoh pengusaha ladang ayam, Datuk Jeffrey Ng yang telah menggunakan platform #MyMudah bagi menyuarakan tentang tempoh pembaharuan lesen ladang yang sebelum ini ia adalah terhad kepada 1 tahun yang merupakan kekangan kepada beliau dalam usaha untuk mengembangkan perniagaannya.

Beliau yang mengakui keberkesanan #MyMudah berkata, beliau dapat berkongsi masalah tempoh lesen perniagaannya secara terus kepada kerajaan dan tidak perlu berdepan kerenah birokrasi dan peraturan tidak perlu.

”#MyMudah ini membantu kita menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan ternakan ayam dan juga mencari jalan terbaik tetapi bukan nak menukar undang-undang tetapi mencari satu undang-undang yang sesuai untuk penternakan atau perladangan,’’ katanya.

 ”#MyMudah ini dia dengar apa isu kita dan cari orang yang profesional untuk bantu kita”, katanya.

Bantu peniaga sektor pelancongan

Macam yang semua tahu, sektor pelancongan paling terkesan sewaktu pandemik Covid-19 di mana boleh dikatakan lumpuh sepenuhnya ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Sudah semestinya, korang sebagai pemilik perniagaan seperti ejen pelancongan tidak mendapat sebarang keuntungan dan berdepan fasa sukar untuk mengekalkan perniagaan.

Menerusi #MyMudah yang dilaksanakan oleh MPC, ianya akan mengurangkan beban peraturan yang dihadapi oleh golongan peniaga atau pun golongan usahawan di dalam industri ini sekaligus meningkatan produktiviti mereka terutamanya selepas industri pelancongan kembali beroperasi sewaktu pandemik.

Kalau korang nak tahu, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis juga mengakui bahawa platform #MyMudah sangat efektif bagi mereka yang terlibat dalam industri ini terutamanya ketika berdepan dengan pendemik Covid-19.

”Banyak isu dan peraturan yang perlu dilakukan untuk kita ‘renew’ lesen ejen pelancongan, jadi pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah melihat kepada aspek itu bagaimana mereka boleh membantu dengan mengurangkan semua ‘demand’ atau ‘requirement’ yang perlu dihantar ke audit akuan dan beberapa lagi.

”Ini sebenarnya adalah satu niat yang baik untuk memberi peluang kepada industri pelancongan untuk bertahan.

‘Kami di industri pelancongan dapat lihat efektifnya platform #MyMudah ini yang telah dikendalikan oleh pihak MPC dan hasilnya amat positif di mana kita lihat bahawa kementerian sebenarnya memberi satu ruang yang fleksibel,” katanya.

Gambar: Industri pelancongan ketika perlaksanaan PKP – Bernama

#MyMudah bantu mudahkan urusan peniaga dengan pemansuhan peraturan tidak wajar

Secara jelasnya, menerusi #MyMudah, pemansuhan dan pengecualian peraturan tidak wajar ialah solusi atau penyelesaian bagi prosedur yang membebankan perniagaan. Ini menjadi satu platform pemacu ke arah peningkatan produktiviti pemilik perniagaan atau usahawan.

Secara mudahnya, kerajaan bertindak membantu peniaga yang mengalami kesan yang besar ketika pandemik Covid-19 ini dengan memudahkan urusan perniagaan mereka.

Bagaimana nak gunakan MyMudah?

Korang sebagai pemilik syarikat dan perniagaan boleh mengemukakan beban peraturan dan bikrokrasi yang korang hadapi melalui portal konsultasi awam dalam talian yang disedikan oleh MPC dengan cara ‘click’ pada pautan UPC.

Seterusnya, masalah atau beban yang dikemukakan itu akan dianalisis oleh MPC yang akan mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada pihak pengawal selia untuk pelaksanaan. Kemajuan pelaksanaan inisiatif #MyMudah dilaporkan kepada EAC secara berkala.

Mudah kan #MyMudah? So, pemilik perniagaan dan usahawan yang terjejas akibat Covid-19, jom guna #MyMudah sekarang juga, sebuah inisiatif kerajaan untuk membantu anda meringankan beban berkaitan peraturan di dalam perniagaan!

Jom tonton video di bawah:

The post Tak Ramai Tahu, Rupanya Ada Inisiatif #MyMudah, Bantu Peniaga Terjejas Covid-19 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments