Tadika Swasta Di Negeri-negeri PKP Dibenar Dibuka

Tadika swasta di negeri PKP dibenarkan dibuka mengikut konteks keperluan dan mengikut keputusan ibu bapa.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, mengatakan bahawa PKP yang dilaksanakan kali ini berbeza dengan PKP pada bulan Mac yang membolehkan tadika dibuka.

“PKP kali ini kita buka sektor-sektor ekonomi tertentu, oleh yang demikian, untuk membolehkan ibu bapa yang bekerja menghantar anak-anak mereka ke sekolah, maka kita benarkan supaya tadika-tadika di kawasan PKP untuk turut dibuka,”

Beliau juga menjelaskan bahawa keputusan untuk menghantar anak ke tadika juga terserah kepada ibu bapa.

“Berkaitan dengan kerungsingan ibu bapa, kita serahkan kepada keputusan ibu bapa dalam konteks tadika tersebut sama ada mereka ingin menghantar anak mereka berdasarkan pertimbangan berkaitan dengan kesihatan dan sebagainya.

“Dalam konteks keperluan, tadika swasta dibenarkan dibuka,” katanya.

 

Sumber: BERNAMA

The post Tadika Swasta Di Negeri-negeri PKP Dibenar Dibuka appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments