“Sukanya Bau Baby,” Doktor Ini Jelaskan Kenapa Ramai Suka Bau Bayi, Terutama Si Ibu

Bagi setiap pasangan ibu bapa, saat paling terindah selepas bergelar suami isteri adalah ketika lahirnya zuriat yang pertama.

Pada waktu itu, tiada apa yang lebih berharga melainkan meluangkan masa seharian suntuk bersama si kecil tersebut.

Mungkin kebanyakan ibu bapa pernah suka mencium bau bayi kan? Baunya ‘susah’ nak dikata. Ia wangi, tenang, lembut, halus dan mendamaikan.

Pernahkah kita terfikir, dari mana bau itu datang?

Pegawai perubatan pediatrik, Dr. Redza Zainol baru-baru ini ada menjelaskan kenapa perkara ini berlaku. Mari ikuti perkongsian di bawah ini.

Jelas Dr. Redza, situasi ini berlaku melibatkan hormon dalam tubuh badan kita.

Disebabkan bau inilah, ibu bapa akan jadi sentiasa rapat dengan si comel itu, sekaligus membantu pertingkatkan hubungan kasih sayang bersamanya.

Ini rupanya kenapa makin lama kita peluk bayi, kita akan rasa semakin tenang ‘di dalam’.

Sementara waktu emas masih ada, janganlah disia-siakan. Kelak peluang merasai kenikmatan bau bayi ini akan berkurang sedikit demi sedikit.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui lebih banyak perkongsian tentang keibubapaan dan kesihatan bayi, bolehlah ikuti Dr. Redza melalui saluran Telegram di bawah ini.

Sumber: Dr. Redza Zainol

The post “Sukanya Bau Baby,” Doktor Ini Jelaskan Kenapa Ramai Suka Bau Bayi, Terutama Si Ibu appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments