Rider Lalui Detik ‘Ngeri’, Dakwa Terpaksa Tempuh Sampah Sarat Untuk Hantar Makanan Di Sebuah Flat

Sebagai penduduk yang mahukan kehidupan yang aman dan sihat, kawasan persekitaran mestilah dibersihkan bagi mengelakkan daripada menjadi tempat haiwan perosak bahkan terhindar daripada penyakit.

Namun anda tidak perlu terkejut sekiranya terdapat segelintir daripada kita yang hidup dalam keadaan yang sebegitu rupa. Berikutan itu, seorang pengguna TikTok yang merupakan seorang rider Food Panda yang dikenali sebagai @hibatullahdanial telah berkongsi keadaan persekitaran sebuah flat di Pulau Pinang.

Difahamkan, dirinya perlu menghantar pesanan makanan itu di salah satu blok flat tersebut namun pelanggannya berkeras tidak ingin turun untuk mengambil makanan itu. Malah, dirinya disuruh untuk menghantar pesanan tersebut ke pintu rumahnya.

Menerusi perkongsiannya, dilihat sampah dibuang bersepah di sekitar lantai kawasan flat bahkan bahagian tangga juga dipenuhi sampah yang berbau busuk. Hal ini demikian, rata-rata warganet yang memberi cadangan supaya syarikat penghantaran makanan untuk senarai hitam dan meminta pihak berkuasa untuk mengenakan tindakan kepada penghuni kawasan tersebut.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mencuri perhatian para warganet sehingga berjaya meraih lebih 1.1 juta tontonan dan lebih 65 ribu tanda suka.

Sumber: hibatullahdanial (TikTok)

The post Rider Lalui Detik ‘Ngeri’, Dakwa Terpaksa Tempuh Sampah Sarat Untuk Hantar Makanan Di Sebuah Flat appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments