Petugas Zoo Teruja, Kali Pertama Sambut Kelahiran Bayi Monyet Spesis Terancam

Baru-baru ini, petugas Zoo Philadelphia di Amerika Syariakat mengumumkan di media sosial bahawa zoo berkenaan dilaporkan telah menyambut kelahiran bayi monyet, François langur. Ia dilahirkan pada bulan lalu dan ia menandakan sebagai kelahiran pertama spesies terancam.

Menurut laporan, haiwan berkenaan dilahirkan pada 13 Disember yang lalu dan diberikan nama Quý Báu, atau sebutannya “Qwee-bow,” yang membawa maksud ‘berharga’ dalam bahasa Vietnam. Pertugas zoo memuat naik rakaman video yang memaparkan bayi monyet tersebut sedang dimandikan dan diberikan makan oleh petugas.

Ketika Quý Báu dilahirkan, petugas mendakwa bahawa Mei Mei iaitu ibu bayi monyet tersebut seakan tidak mengendahkannya. Hal ini membuatkan petugas mengambil bayi monyet itu untuk dijaga dan dirawat buat sementara.

Bagaimanapun, New England Primate Conservancy mengatakan François langurs hanya terdapat di hutan tebal, lembab dan lembah hijau di wilayah selatan Guangxi di China dan Vietnam utara. Populasi spesies itu hanya berjumlah sekitar 2,000 hingga 2,100 sahaja dan ia dianggapkan sebagai haiwan yang terancam akibat kehilangan habitat, pembalakan, pemburuan dan sebagainya.

Oleh hal demikian, Persatuan Zoo dan Akuarium dilaporkan telah melancarkan usaha pemeliharaan bersama untuk membuat ‘Langur Species Survival Plan’ yang menyimpan rekod pembiakan langurs di zoo di seluruh negara.

Sumber: The People

The post Petugas Zoo Teruja, Kali Pertama Sambut Kelahiran Bayi Monyet Spesis Terancam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments