Penggambaran Hidup Bersama BFF Anda Dan Siri OPPO Reno5

Kuala Lumpur, 25 Januari 2021 – OPPO telah memperkenalkan penambahan terbaru mereka, untuk siri Reno – OPPO Reno5 dan OPPO Reno5 Pro, yang dapat menawarkan sokongan untuk sambungan 5G. Bukan sahaja peranti bertahap tengah ini akan bertahan ujian masa, ia juga dilengkapi dengan rangkaian fungsi kamera AI yang kuat, seperti Video Sorotan AI, dan Video Dwi Pandangan, sekaligus menjadikannya mesin pencipta kandungan utama untuk duo kreatif seperti Azira Shafinaz dan Sophia Liana, Talitha Tan dan Elizabeth Tan, serta Pauline Tan & Emily Chan.

Seperti kata pepatah lama, “Bagai aur dengan tebing”, kesemua duo kreatif ini bukan sahaja menikmati menghabiskan masa bersama dan berkongsi minat yang sama, mereka juga saling memberi inspirasi kepada satu sama lain, untuk menghasilkan kandungan yang menarik, untuk media sosial mereka ketika mereka bersama. Kini dilengkapi dengan siri OPPO Reno5, mereka dapat Menggambar Hidup Bersama, tidak kira masa.

Untuk memperkukuhkan konsep persahabatan yang sebenar melalui Menggambar Hidup Bersama, OPPO telah bekerjasama dengan Abdulrashade Studio, untuk membuat mural interaktif untuk OPPO Reno5.

Artis utama, Abdulrashade, membuat mural bersinar-dalam-gelap di kawasan Kwai Zai Hong yang terkenal di tengah-tengah Kuala Lumpur, untuk memupuk semangat menjalin persahabatan dan berpacaran di antara pengguna, dengan latar belakang mural interaktif, yang bukan sahaja bersinar dalam gelap, malah warna mural menjadi amat terang pada waktu siang.

Mural interaktif mempunyai dua basikal yang diletakkan di hadapan karya seni tersebut, dimana dua penunggang diperlukan untuk menerangi dinding dengan warna neon yang indah.

Mural kreatif ini menampilkan mercu-mercu tanda yang terkenal seperti Menara Eifel, Piramid, kincir angin dan banyak lagi untuk memberikan rasa pengembaraan. Disebabkan oleh keadaan dalam masa-masa yang mencabar ini, OPPO telah membawa pengembaraan kepada anda.

Ciri-Ciri Kamera Yang Menarik Menangkap Waktu-Waktu Keemasan Bersama Sahabat Handai

Siri OPPO Reno5 dilengkapi sistem kamera serba baru dengan kamera belakang matriks quadcam 64MP dan kamera depan ultra-jelas 32MP.

Dikuasakan oleh Sistem Video Potret OPPO Full Dimension Fusion (FDF), OPPO memperkenalkan rangkaian ciri berkuasa AI yang kuat, yang secara kolektif, dikenali sebagai Video Sorotan AI, yang merupakan yang pertama dalam industri ini, yang secara automatik akan mengesan cahaya sekitar di dalam kawasan persekitaran dan kualiti video tersebut akan ditingkatkan dengan menerapkan dua algoritma yang terkemuka di industri iaitu Algoritma Video Ultra Malam dan Algoritma HDR Langsung.

Bagi penghibur seperti Azira Shafinaz dan Sophia Liana yang sering kali mendapat inspirasi dan duo ini sentiasa memikirkan tentang koreografi yang menarik untuk persembahan mereka.

Tidak kira jika mereka berada di studio dengan cahaya rendah atau diatas pentas yang berlampu latar, mereka dapat merakam video yang tajam, terang dan terperinci untuk merakam tarian mereka dengan Algoritma Video Ultra Malam kerana pemandangan akan dicerahkan secara automatik.

Cahaya latar yang terang dari latar belakang  juga akan dikesan, di mana kawasan yang terlalu terang akan dikurangkan oleh Algoritma HDR Langsung. Kedua fungsi menghasilkan video dengan paparan dan kecerahan yang lebih baik, kurang bising, serta warna yang jelas dan semula jadi dengan hanya satu tekanan butang “AI” ketika berada dalam mod video.

Selain itu, Azira dan Sophia juga kagum dengan ciri Potret Suar Malam pada OPPO Reno5, yang membolehkan mereka menangkap video atau foto pada waktu malam yang menakjubkan dengan mudah dan mengongsikan aktiviti malam mereka yang menarik ketika di bandar dengan pengikut mereka di media sosial. Ciri ini ditambahkan dengan elemen yang bagaikan mimpi pada foto dan video anda dengan mengaburkan lampu di latar untuk mencipta kesan bokeh yang indah.

Terdapat juga ciri yang baru iaitu Video Dwi-Pandangan yang membolehkan video dirakam dari kamera depan dan belakang secara serentak. Fungsi rakaman perspektif berganda ini dengan mudah menggabungkan dua video yang menampilkan pengguna dan subjek yang ditangkap, dalam bingkai video yang sama sekaligus – sesuai untuk mereka yang ingin menceburi bidang vlogging.

Ciri ini menjadi ciri kegemaran Pauline Tan dan Emily Chan kerana ia membolehkan mereka merakam waktu-waktu yang berharga dari perspektif yang berbeza serta mengurangkan masa untuk menyunting video.

Selain daripada merakam persembahan rap pendek yang disajikan semasa pelancaran dalam talian, duo ini menghibur diri mereka sendiri dengan membuat beberapa video lucu dengan video Dwi-Pandangan menggunakan tiga susun atur skrin yang berbeza: mod Pisah (Split), Bulat (Round) dan Segi Empat Tepat (Rectangle).

Pada dasarnya, FDF adalah sebuah sistem pengimejan yang direka untuk mencipta efek yang unggul pada video potret, kerana digubah oleh dua enjin perisian iaitu, Enjin Peningkatan Kualiti dan Enjin Persepsi Potret.

Enjin Peningkatan Kualiti membantu menangkap video yang jelas dalam apa jua keadaan. Sama ada dalam pemandangan waktu malam atau latar belakang yang malap, dan tidak mengira jika subjek sedang bergerak atau berdiri tegak. Enjin ini akan membolehkan pengguna untuk mengambil video dengan jelas.

Sebaliknya, Enjin Persepsi Potret mempunyai efek potret yang membolehkan pengguna menghasilkan video-video yang kelihatan semulajadi dari sudut subjek dan latar belakang.

Gabungan kedua-dua enjin perisian ini menghasilkan sebuah sistem yang sangat intuitif dan memberikan pengalaman yang tidak dapat ditandingi bukan sahaja kerana pengguna dapat merakam video potret dalam kualiti sempurna, tetapi melakukannya dengan cara yang dapat membantu pengguna mengekalkan gaya unik mereka.

Kedua-dua peranti dalam siri Reno5 menawarkan Video Potret Mencantikkan, sejenis ciri yang mampu mengesan sebanyak 194 titik ciri utama pada wajah untuk memberikan pengoptimuman yang boleh disesuaikan berdasarkan cita rasa setiap individu.

Di dalam ciri ini, terdapat 8 alat applikasi yang dapat disesuaikan sekaligus menawarkan pengguna kebebasan yang lebih besar untuk menyesuaikan perincian potret.

Pengguna juga mempunyai akses kepada fungsi efek kecantikan yang berbeza untuk gambar kumpulan, menunjukkan kepelbagaian setiap individu dan membuat penampilan yang sesuai dengan selera masing-masing.

Ciri ini ditunjukkan oleh Elizabeth Tan kepada Talitha semasa pelancaran dalam talian, dan Talitha kagum dengan kesan ciri ini, yang dapat memperbaiki ciri wajah tanpa kelihatan terlalu tidak semula jadi atau canggung.

Duo sahabat baik ini yang merupakan peminat kecergasan, juga mencuba Video Ultra Stabil 2.0, yang dapat menangkap video yang stabil dan jelas ketika mereka berlari, meluncur dan menunggang basikal di sekitar kawasan mereka.

Akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya, prestasi pengimejan telah dinaik-tarafkan untuk pengambilan gambar potret, kerana penggunaan perisian Enjin Imej Jelas OPPO.  Pengoptimuman pada sistem ini membolehkan pengguna mengambil gambar subjek yang sedang bergerak dengan jelas, atau menangkap waktu-waktu yang tidak dapat dilupakan, dengan pantas.

Telefon ini juga mempunyai  Peningkatan Adegan AI,  sebuah perisian AI yang membolehkan penyesuaian untuk warna, ketepuan dan kecerahan dalam 22 pemandangan yang berbeza, termasuk kucing, teks, bunga api, matahari terbit dan matahari terbenam dengan optimum.

Setelah menangkap pelbagai jenis kandungan sepanjang hari, biasanya ada sedikit kesulitan untuk menyunting dan menggabungkan video dan foto yang telah disusun untuk dikongsikan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga di media sosial.

Dengan siri Reno5, proses penyuntingan video sangat mudah bagi Talitha dan Elizabeth, kerana mereka menggunakan perisian penyuntingan video yang telah disiap pasang, Soloop, untuk menghasilkan vlog harian mereka.

Terdapat juga ciri-ciri intuitif seperti Auto Generate dan Shoot Like An Influencer, yang menyediakan jalan pintas untuk membuat video yang bergaya dan menyeronokkan, sama seperti pencipta kandungan yang profesional.

Reka Bentuk dan Warna yang Memukau

Siri Reno5 boleh didapati dalam dua warna yang indah dan memukau – Galactic Silver dan Starry Black. Dengan proses Diamond Spectrum yang baru, Galactic Silver mencipta kesan visual baru yang dapat mengeluarkan ribuan warna, bergantung pada arah cahaya.

Apabila melihat dari sudut yang berbeza atau dalam pencahayaan yang berbeza, telefon ini kelihatan mempunyai warna yang baru. Galactic Silver juga diproses dengan Reno Glow, yang merupakan proses kaca AG yang unik yang direka oleh OPPO, memberikannya perincian berkilau yang halus pada penutup belakang, seolah-olah berjuta-juta berlian tertanam di dalamnya, serta juga tahan daripada kesan cap jari.

Selain daripada dua warna ini yang menonjol, Reno5 direka dengan indah agar padat dan anggun. Dengan berat 172g (berat Galactic Silver adalah 180g) dan setebal hanya 7.9mm, telefon ini memanfaatkan pembungkusan COF yang canggih untuk mengecilkan lagi bahagian tepi bawah paparan sebanyak 28% berbanding dengan Reno4, untuk menjadi hanya 3.98mm, oleh itu memberi pengalaman paparan hujung-ke-hujung yang lebih mendalam dengan nisbah skrin-ke-badan 91.7% berbanding dengan Reno4 yang bernisbah 90.7% .

Selain itu, sistem Pembukaan Cap Jari Tersorok disatukan di bawah paparan untuk memastikan pembukaan kunci telefon boleh dilakukan dengan serta-merta sambil menjaga keselamatan data.

Di bahagian depan Reno5 5G, skrin AMOLED berukuran 6,4 inci 90Hz dengan rekaan lubang tumbuk memberikan sentuhan yang lebih terang, yang digabungkan dengan resolusi FHD + (2400×1080) yang tajam dan kadar penyegaran 90Hz halus, menjadikan pengalaman hiburan alam maya bagaikan realiti.

Reno5 juga dilengkapi dengan Perakuan Netflix HD dan Amazon Prime Video HD, yang membolehkan anda melayari kandungan strim dengan lebih terperinci. Tambahan pula, layar cahaya biru yang rendah direka untuk melindungi penglihatan pengguna dalam penggunaan yang berpanjangan. Ia telah diuji sepenuhnya dan disahkan oleh SGS yang terkenal di dunia.

Bagi Reno5 Pro 5G, ia mempunyai paparan Super AMOLED 3D 6.5 inci yang melengkung, memberikan sentuhan halus dan bulat dengan perendaman tanpa sempadan. Kadar penyegaran 90Hz dan kadar sampel sentuh hingga 180Hz untuk memastikan rasa yang lancar, sama ada bermain permainan video, atau ketika beralih antara aplikasi.

Layar HDR10+ juga telah diperakui  dan dilengkapi dengan Perakuan Netflix HD dan Amazon Prime Video HD/HDR, yang menawarkan julat dinamik yang lebih tinggi dan pengalaman visual yang lebih jelas. Selanjutnya, layar telah diperakui oleh syarikat ujian terkemuka SGS sebagai “Penjagaan Mata SGS”.

Pengecasan Pantas Yang Cekap

Di antara ciri-ciri prestasi yang luar biasa dari Reno5, 65W SuperVOOC2.0 Flash Charge yang sangat pantas adalah satu lagi kemuncak yang akan mengubah kebiasaan telefon pintar dari sifat pengguna.

Ia dapat mengecas Reno5 hingga 100% kuasa baterinya dalam hanya 35 minit. Bateri 4,300mAh yang besar membolehkan penggunaan sepanjang hari, walaupun untuk pengguna yang tegar. Ini merupakan salah satu ciri yang menarik bagi Talitha, kerana dia telah manyatakan bahawa dia selalu keluar bekerja dan kadang-kadang terlupa untuk mengecas telefonnya.

Reno5 mengintegrasikan Qualcomm Snapdragon 765G, platform mudah alih 5G bersepadu yang telah terbukti secara meluas memberikan prestasi 5G pada peringkat tertinggi. Reno5 Pro pula menampilkan SoC bersepadu 5G terbaru dari MediaTek, Dimensity 1000+, untuk kemampuan 5G yang terbaik.

Ia menyokong piawaian Wi-Fi 6 yang terkini untuk penyambungan menyeluruh yang sangat pantas dan boleh dipercayai. Untuk memastikan pengalaman 5G yang konsisten dan stabil, OPPO juga telah mereka Reno5 Pro dengan antena 360 darjah yang dapat menyambung secara automatik kepada isyarat terbaik yang ada. Reno5 Pro juga dikuasakan oleh bateri 4.350 mAh dan menyokong SuperVOOC 2.0 Flash Charge juga.

ColorOS11.1

Dengan penyesuaian menyeluruh, pengguna Reno5 dapat mereka Paparan Selalu-Hidup yang tersendiri, dan mod gelap untuk boleh disesuaikan mengikut cita rasa individu.

Selain itu, ciri inovatif seperti Flexdrop dan Terjemahan Tiga Jari dengan Google Lens, boleh meningkatkan produktiviti dengan ketara. Pada masa yang sama, Mod Pintasan Permainan, Mod Pemain, Pesanan Skrin Peluru, dan Penyelarasan Sentuhan Permainan  membuatkan anda benar-benar terbenam dalam dunia hiburan.

Keselamatan juga ditingkatkan pada tahap sistem operasi dengan Sistem Peribadi – membolehkan pengguna membuat banyak akaun dalam satu telefon dengan aplikasi dan data yang dipartisi. Perlindungan data di telefon telah disahkan oleh organisasi pihak ketiga, termasuk ISO, ePrivacy, dan TrustArc.

Harga & Ketersediaan

OPPO Reno5 5G berharga RM xxx, sementara Reno5 Pro 5G berharga RM xxx. Pra-pesanan bermula dari 13 – 26 Januari 2021, dan bagi mereka yang membuat pra-pesanan OPPO Reno5 Series akan menerima hadiah percuma tambahan bernilai RM397, yang merangkumi OPPO Enco W11 bernilai RM159, 1x penutup selongsong telefon OPPO bernilai RM129 dan jaminan tambahan 1 tahun percuma bernilai RM109.

Mereka yang membuat pra-pesanan untuk dua unit bersama dengan seorang rakan di mana-mana Pusat Jualan & Perkhidmatan OPPO akan menerima set edisi terhad penutup selongsong telefon bimbit BFF + rebat RM100 atas pembelian mereka.

Jualan pertama siri Reno5 akan bermula dari 27 Januari, dan akan tersedia di mana-mana Kedai Jenama OPPO, kedai E-dagang Rasmi OPPO, kedai peniaga Rasmi OPPO, serta rakan E-dagang, rakan kongsi Telco dan Kedai Rakan Rangkaian.

100 pelanggan pertama yang membeli Seri Reno5 di mana-mana pusat penjualan & servis, berhak mendapat hadiah misteri bernilai sehingga RM150, 000.

Semua Kedai Jenama OPPO juga menawarkan program “trade-in” dan pengguna PBB dapat pulangan tunai sebanyak RM50 ketika membeli Reno5 (masa terhad & kuantiti terhad).

Seri OPPO Reno5 juga akan tersedia di kedai-kedai peniaga kami, dengan DirectD memberikan jaminan pulangan dalam 14 hari dan Senheng menawarkan jaminan tambahan 2 tahun dan ansuran 0% 24 bulan.

Selain itu, kami berasa amat bangga untuk mengumumkan bahawa kami telah mencapai lebih dari 1,000,000 pengguna aktif di Malaysia secara rasmi sejak pelancaran MY OPPO APP pada Ogos 2020.

MY OPPO

Aplikasi MY OPPO dibuat untuk membolehkan kami untuk sentiasa sedia untuk berhubung dengan pengguna kami melalui sokongan sembang langsung dan perkhidmatan pelanggan.

Anda boleh menikmati faedah seperti pengalaman perkhidmatan eksklusif, cabutan bertuah, diskaun khas, pengumpulan mata untuk membuat penebusan produk OPPO dan baucar diskaun.

Bagi peminat kopi, eksklusif untuk Reno5 Series, 1,000 ahli applikasi MY OPPO yang pertama akan dapat tebusan sebanyak RM20 untuk Kad Starbucks.

Aplikasi MY OPPO akan terus berkembang dan berhubung dengan pengguna untuk memperkuatkan platform ini, oleh itu marilah daftar dan dapatkan jemputan ke acara peribadi melalui Aplikasi MY OPPO.

The post Penggambaran Hidup Bersama BFF Anda Dan Siri OPPO Reno5 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments