Niat Merakam Video TikTok Bertukar Tragis, Salah Seorang Lelaki Dilaporkan Maut Terkena Tembakan

KARACHI – Seorang lelaki dilaporkan ditembak secara tidak sengaja dan cedera ketika dirinya sedang merakam video TikTok bersama seorang rakannya pada hari Rabu yang lalu di Karachi.

Menurut polis, Ibrahim Hyderi, kejadian tersebut berlaku di Umar Colony apabila dua lelaki sedang membuat rakaman video menggunakan aplikasi TikTok yang semakin popular sambil memegang senjata api.

Polis mengatakan bahawa salah seorang daripada mereka secara tidak sengaja tertarik picu senjata semasa melakukan rakaman video tersebut. Disebabkan itu, mangsa yang didakwa mengalami cedera dikejarkan ke Hospital Jinnah Karachi untuk rawatan tetapi mangsa dikatakan dalam keadaan kritikal.

Tambahan itu, pihak polis berkata, rakan mangsa yang tidak sengaja menembaknya dilaporkan telah melarikan diri bersama senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut. Hal ini, pihak polis mendakwa telah melakukan pencarian rakan mangsa bagi membantu siasatan.

Kejadian tersebut serupa berlaku pada bulan November yang lalu apabila seorang lelaki didakwa secara tidak sengaja meragut nyawanya sendiri ketika merakam video untuk aplikasi TikTok. Difahamkam, lelaki yang berkerja sebagai pegawal keselamatan di daerah Gulshan-e-Maymar merakam sambil memegang pistol.

Kemudian lelaki tersebut memasukkan beberapa peluru ke dalam pistol itu sebelum mengarahkan ke arah dadanya dan menarik picu. Perbuatannya itu telah meragut nyawanya sendiri dan keluarganya enggan melakukan bedah siasat atas kematian mangsa.

Sumber: Geo News

The post Niat Merakam Video TikTok Bertukar Tragis, Salah Seorang Lelaki Dilaporkan Maut Terkena Tembakan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments