Nahas Pesawat: “Selamat Tinggal Keluarga..” IG Story Terakhir Wanita Ini Sebelum Berlepas Bikin Warganet Sebak

Siapa menyangka, lambaian ahli keluarga di lapangan terbang, menjadi detik-detik terakhir yang dirakam oleh seorang wanita dipercayai penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ 182 sebelum terhempas di Kepulauan Seribu semalam.

Menerusi perkongsian di IG Story di Instagram, wanita berkenaaan yang menggunakan akaun @ratihwindania, merakam gambar ahli keluarga yang melambai ke arahnya sambil mengucapkan selamat tinggal sebelum menaiki pesawat.

“Bye Bye keluarga semua. Kita pulang kampung dulu ya,” kata wanita itu di Ig Storynya yang dimuatnaik dalam tempoh 24 jam yang lalu.


Video tersebut mengundang rasa hiba ramai kerana terdengar suara dan tawa wanita itu dalam keadaan ceria bersama ahli keluarganya.

Memetik laporan Serambi News, Ratih menaiki pesawat itu bersama anak perempuanya, Yumna Fanisyatuzahra, dan kedua ibu bapanya, Toni Ismail dan Rahmawati.

Warganet yang membanjiri ruangan komen di Instagram wanita itu mengucapkan takziah dan mendoakan agar mereka sekeluarga segera ditemui.

Di dalam kejadian malam tadi, Menteri Perhubungan Indonesia, Budi Karya Sumadi dalam siaran media menerusi webinar berkata pesawat itu dipercayai terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.

Pesawat terbabit dijadualkan menuju ke bandar Pontianak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta yang membabitkan perjalanan selama kira-kira 90 minit melintasi Laut Jawa.

Namun, kira-kira empat minit berlepas pesawat berkenaan terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

Menerusi perkembangan terbaharu pagi ini, bahagian tubuh manusia dan serpihan bangkai pesawat yang membawa 62 orang termasuk anak kapal ditemui di luar pesisir Jakarta.

Sumber: Instagram @ratihwindania, Serambi News

The post Nahas Pesawat: “Selamat Tinggal Keluarga..” IG Story Terakhir Wanita Ini Sebelum Berlepas Bikin Warganet Sebak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments