Lelaki Ini Kesan Akaun Netflixnya Digodam, Sampai Ada Yang Akses Dari Sarawak, Ini Cara Nak Elak Kena ‘Hack’

Sering kali kita terdengar masalah akaun media sosial mudah kena godam dengan orang yanng tidak bertanggungjawab kan? Bukan itu je, akaun Netflix juga sering kena hack.

Mungkin salah diri kita juga sebab kita tetapkan password yang terlalu simple dan mudah untuk orang lain ceroboh masuk ke akaun kita. Jadi, SK hari ini ingin kongsikan tips menarik untuk korang elak daripada akaun di godam.

Perkongsian menarik ini daripada laman Facebook Asrul Nasirudin tentang cara untuk elak akaun Netflix korang terus digodam orang lain. Menurutnya, perkara ini juga pernah berlaku kepadanya.

Ada akaun Netflix Premium? Korang mesti baca ni.

Aku subs Netflix dan malam ni baru aku tau selama ni akaun tu dah kene hack.

Diorang hack tapi tak tak ubah password. Kenapa? Sebab dia ambil akaun yang di hack tu dan jual balik dekat media sosial murah-murah. Kita tak sedar pun yang akaun kita tu ada ‘penonton gelap’ tapi bulan-bulan kita bayarkan untuk diorang.

Macam mana aku tahu? Sebab aku dapat email log masuk Netflix dari negeri yang jauh dari negeri aku duduk sekarang. Lepas tu aku cek akaun dan cek bawah settings ‘Recent device streaming activity’…dan nampak senarai device dan lokasi ‘penonton gelap’ tu.

Sampai ada yang akses dari Sarawak…

Macam mana kena hack?

Satu sebab adalah aku guna password yang generic. Aku guna password generic untuk Netflix sebab nak mudah log in. Ni je akaun yang guna generic. Yang lain memang orang tak akan tahu sampai mati.

Satu lagi sebab, aku pernah log in Netflix dari wifi public (hotel). Tu cara paling mudah orang nak ‘snoop’ password/id/email/gambar. Korang send gambar ke, buka video ke hantar dokumen ke semua boleh dilihat.

Macam mana korang nak halang dari kene hack lagi?

1) Guna password yang susah nak crack. Password mesti lebih dari 8 huruf dan ada kombinasi buruf besar, huruf kecil, nombor dan aksara khas macam simbol *^$&.

2) Jangan guna wifi public. Apabila kita guna wifi public, semua maklumat terdedah dengan mudah. Ni juga cara hacker nak pancing mangsa. Diorang open wifi public dan mangsa yang naif ingat dapat internet ‘percuma’. Yay untuk korang dan yay utk hacker! Device untuk snoop ni mudah dan murah je dapat dekat ebay/amazon.

3) Nak selamat, kalau log in dari smarphone, gunakan biometric log in supaya tak yah key in password tu. Biometric log in macam cap jari, muka, suara dan juga retina.

4) Lepas dah tukar password yang ‘keras’, tukar juga email kepada email lain juga untuk lebih selamat. Lepas tu log out all device. Semua ni ada bawah akaun settings dekat Netflix.

Semoga bermanfaat untuk semua.

 

Sumber: Asrul Nasirudin

The post Lelaki Ini Kesan Akaun Netflixnya Digodam, Sampai Ada Yang Akses Dari Sarawak, Ini Cara Nak Elak Kena ‘Hack’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments