Lelaki Dilapor Hampir Selepas Makan Mi Segera Digelar ‘Mi Kematian’

LONDON – Seorang lelaki yang juga merupakan penulis untuk My London telah berkongsi pengalaman dalam satu artikel di mana dirinya mendakwa kehilangan pendengaran sebelah telinga selama beberapa hari. Disebabkan itu, lelaki berkenaan menamakan hidangan tersebut sebagai ‘mi kematian’ dan memperingatkan kepada orang ramai untuk berhati-hati ketika mencuba mi segera tersebut.

“Berasal dari keluarga Mauritius, saya didedahkan dengan makanan pedas sejak kecil lagi.

“Ketika saya menonton video seorang YouTuber terkenal, Matt Stonie yang memakan sebanyak 15 bungkus mi segera tersebut dan berjuang untuk menahan kepedasan, membuat diri saya untuk mencuba sendiri.

Lelaki itu mengatakan awalnya ia berasa sedap kemudian keadaan berubah menjadi pedas. Namun begitu, lelaki tersebut mendakwa dirinya hanya mampu menghabiskan separuh daripada hidangan tersebut.

“Tubuh saya terasa kebas, terutama jari saya. Bahagian dalam badan saya terasa panas seperti wajah saya. Pada satu ketika saya mengipas diri dengan tangan.

“Keesokan harinya saya merasakan sakit setiap kali saya menyentuh telinga kiri saya. Menjelang waktu malam, telinga saya semakin sakit sehingga saya merasakan saya dijangkiti jangkitan telinga.

“Sakit ketika saya membuka rahang dan pendengaran saya dari bahagian itu menjadi cacat, jadi saya menggunakan beberapa titis minyak zaitun untuk mengurangkan rasa sakit.

Menurut laporan, cili yang terdapat dalam hidangan tersebut telah melonggarkan selaput lendir di hidung dan tekaknya dan menyumbat saluran Eustachiannya. Ia dipercayai akan menimbulkan sensasi tidak dapat mendengar dengan betul.

Sumber: Mirror UK

The post Lelaki Dilapor Hampir Selepas Makan Mi Segera Digelar ‘Mi Kematian’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments