Kos Saringan COVID-19 Bagi Guru & Pensyarah Yang Akan Pulang Ke Sabah, Sarawak Ditanggung Sepenuhnya Oleh Kerajaan- Ismail Sabri

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa kos saringan COVID-19 untuk guru dan pensyarah  yang akan pulang ke Sabah dan Sarawak akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Semua kos untuk saringan ini sama ada guru atau pensyarah dan juga keluarga mereka akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, jadi mereka tidak akan dikenakan bayaran,” katanya.

Mereka akan menjalani saringan tiga hari sebelum pulang ke Sabah manakala jika pulang ke Sarawak, mereka perlu menjalani saringan sama ada sebelum atau setibanya di pintu masuk lapangan terbang.

Sementara itu, kos kuarantin di Sarawak pula akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.

“Bagi yang ke Sarawak, kerajaan negeri Sarawak telahpun menetapkan mereka perlu dikuarantin sama ada di Institut Perguruan (IPG) atau mana-mana tempat yang telahpun dipersetujui oleh kerajaan Sarawak dan kos kuarantin itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak,” katanya.

Sumber: RTM

The post Kos Saringan COVID-19 Bagi Guru & Pensyarah Yang Akan Pulang Ke Sabah, Sarawak Ditanggung Sepenuhnya Oleh Kerajaan- Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments