
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kadar kebolehjangkitan atau Ro/Rt mengikut negeri dengan kadar kebangsaan adalah 1.14.
Perkara ini dilaporkan menerusi sidang media harian perkembangan Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Jika dilihat pada jadual di bawah menunjukkan bahawa kadar kebolehjangkitan untuk negeri Sarawak paling tinggi iaitu pada 1.50.
Kadar kebolehjangkitan di Sarawak adalah paling tinggi iaitu 1.50.
— KKMalaysia
(@KKMPutrajaya) January 21, 2021
Kadar kebolehjangkitan atau Ro/Rt mengikut negeri dengan kadar kebangsaan 1.14. pic.twitter.com/M7EJMtnuEZ
— KKMalaysia
(@KKMPutrajaya) January 21, 2021
Hari ini, negara mencatatkan 3,170 kes baharu Covid-19 dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kembali dilaksanakan berikutan peningkatan kes di seluruh Malaysia.
LIVE: 21 Januari 2021 – Sidang Media Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, January 21, 2021
Sumber: Sidang Media KKM
The post Kadar Kebolehjangkitan Di Sarawak Adalah Paling Tinggi Iaitu 1.50 – KKM appeared first on Siakap Keli.
0 Comments