“Jari Jemari Kena Lembut,” Cikgu Ini Kongsi 4 Tips Mudah Melatih Anak Pegang Pensel Dengan Betul

Persekolahan sesi 2021 telahpun bermula. Bagi anak-anak yang memasuki tadika, kemahiran memegang pensel adalah penting untuk mereka belajar menulis ataupun melukis.

Baru-baru ini, seorang guru, Cikgu Nazrah Aan berkongsi cara-cara yang boleh ibu bapa gunakan untuk melatih anak-anak memegang pensel. Kongsinya, cara tersebut adalah untuk melatih ‘motor halus’ kanak-kanak yang mempunyai peranan penting dalam kemahiran menulis.

Beliau telah berkongsi empat cara untuk melembutkan jari jemari anak-anak supaya mereka dapat memegang pensel dengan betul. Pesannya, latihan ini perlu dilakukan secara berterusan selain menggunakan pensel yang besar untuk memudahkan anak-anak memegangnya dengan selesa.

Nak tahu caranya? Jom tonton video di bawah.

Tip utk anak2 pegang ✏ . Just sharing. Semoga bermanfaat utk ibu ayah dirumah .Selain aktiviti dalam video:Menggunting. Origami. Meramas Sponge. Kolaj. Dsb.😅Tq crews seusia 5 dan 7 tahun. Good Job 😂😂

Posted by Nazrah Aan on Tuesday, January 26, 2021

Sumber: Cikgu Nazrah Aan

The post “Jari Jemari Kena Lembut,” Cikgu Ini Kongsi 4 Tips Mudah Melatih Anak Pegang Pensel Dengan Betul appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments