Harga RON97 Dan RON95 Kekal, Diesel Turun 2 Sen Seliter

Harga runcit bagi petrol kekal pada paras yang sama iaitu RM2.20 seliter untuk RON97 dan RM1.90 seliter untuk RON95.

Menurut kenyataan media daripada Kementerian Kewangan Malaysia, harga runcit produk petroleum itu ditetapkan bagi tempoh 30 Januari 2021 sehingga 5 Februari 2021.

Sementara itu, harga runcit diesel turun sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.09 seliter kepada RM2.07 seliter.

Tambah kementerian itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Sumber: MOFMalaysia

The post Harga RON97 Dan RON95 Kekal, Diesel Turun 2 Sen Seliter appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments