Dah Panjat Tak Tahu Nak Turun, Terpaksa Panggil Abam Bomba Selamatkan Oyen Dari Atas Pokok

Bila disebut sahaja kucing bernama ‘Oyen’ pasti ramai yang sudah mengenali sifatnya yang nakal dan perangainya yang sering membuat hal di luar jangkaan manusia.

Gelagatnya itu selalu mencuri tumpuan terutamanya dalam kalangan warganet yang berkongsi gambar atau video si Oyen yang membuat aksi nakal sehingga ramai pencinta kucing merasa geram dan terhibur.

Kali ini, nampaknya Oyen merasakan dirinya ‘serba-boleh’ dengan memanjat pokok yang tinggi. Sudahnya, tidak dapat turun sehingga menyusahkan abang-abang bomba. Alahai lah Oyen!

Menerusi perkongsian di Facebook Pasukan Bomba Sukarela Gombak, abang bomba dilihat gigih memanjat pokok dengan anggota yang lain bersedia di bawah dengan memegang kain bimbang sekiranya Oyen terjatuh.

Mujurlah, si nakal ini berjaya diselamatkan dalam tempoh lebih kurang 30 minit dan diserahkan semula kepada pemiliknya.

Lokasi: Belakang Restoran Sri Mesra

Tarikh: 27.1.2021

Hari : Rabu

Jenis kecemasan :Khidmat Khas Kucing
Masa terima panggilan: 1345
Masa jentera keluar : 1350
Masa jenter sampai : 1352
Masa selesai operasi : 1411

Jentera & Agensi:

-FRV Bomba Sukarela Gombak(GBK 03)

Bil ahli hadir : 2 Anggota

LAPORAN AWAL : TERIMA PANGGILAN DARI ORANG AWAM, TERDAPAT SEEKOR KUCING YANG BERADA DI ATAS POKOK BERJAYA DI DI BAWA TURUN DAN DI SERAHKAN KEPADA PEMILIK YA.

 

Mangsa: -tiada-

*MAKLUMAN PGO SELANGOR*

Sumber: Pasukan Bomba Sukarela Gombak

The post Dah Panjat Tak Tahu Nak Turun, Terpaksa Panggil Abam Bomba Selamatkan Oyen Dari Atas Pokok appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments