Bila Ada OPPO Reno5 Series 5G, Barulah Boleh Jadi Instafemes, Jom Pra-Tempah Sekarang

OPPO Reno5 Series 5G dah nak tiba ni, gais! Korang mesti kagum dengan kehebatan OPPO Reno5 Series 5G ni, sebab ia dilengkapi dengan pelbagai teknologi dan fungsi kamera yang power.

Antaranya seperti, Kamera 64MP Megapixel, Dual-view Video, Ultra-Night Video, Live HDR Video, 65W Super Flash Charge 2.0 dan macam-macam lagi la.

OPPO Reno5 Series 5G ini akan dilancarkan di livestream yang boleh ditonton di Facebook dan YouTube OPPO pada 18 Januari 2021, jam 6.30 petang nanti. Korang memang wajib tonton sampai habis, sebab OPPO nak bagi 15 unit OPPO Reno5 kat korang tau. Untunglah, boleh jadi pengguna terawal OPPO Reno5!

Jom kita tengok 13 benda best dengan OPPO Reno5 Series 5G ni! Check it out!

1) Design yang menarik

Jatuh cinta beb dengan design menarik OPPO Reno5 Series 5G ni. Dengan menggunakan Reno Glow, OPPO Reno5 Series 5G yang berwarna Galactic Silver ini akan menyinarkan warna-warna ibarat Pelangi! Serious cantik. OPPO Reno5 Series 5G juga turut didatangkan dalam warna Starry Black, sangat sleek dan kemas untuk penggemar warna hitam.

Untuk penggemar game pula, korang mesti kagum dengan peranti terbaru OPPO ini, sebab ia dilengkapi dengan 90Hz Refresh Rate pada skrin bersaiz 6.4” dengan kamera hadapan single punch-hole. Luas pemandangan korang masa main game nanti!

2) Pengecasan pantas dengan SuperVOOC 2.0 65W

Peranti OPPO memang dah sinonim dengan kuasa pengecasan kilat yang membolehkan korang full charge telefon dalam masa beberapa minit sahaja. OPPO Reno 5 didatangkan dengan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W melalui USB-C. Lepas ni, korang dah tak perlu risau lagi bateri cepat habis kalau suka ambil gambar atau rakam video!

3) Kamera 64MP untuk video dan gambar yang ‘awesome’

Kalau korang perasan sekarang, semua orang lagi suka tengok video kan? Jadi, untuk jadi pengguna social media yang hebat, apa kata korang check out kehebatan fungsi kamera pada OPPO Reno5 Series 5G ni. Macam-macam jenis video korang boleh buat dan yang paling penting, kualiti memang tiptop dengan rakaman yang lebih jelas dan lancar!

4) AI Highlight Video

OPPO Reno5 Series 5G ini memiliki keupayaan Al Hightlight Video, pertama seumpamanya di telefon pintar OPPO. WOW! Phone ni boleh tingkatkan kualiti rakaman korang, agar video yang diambil nampak lebih cerah dan natural mengikut keadaan.

Kalau ambil video pada waktu siang pula, OPPO Reno5 Series 5G dilengkapi dengan Live HDR, so korang tak perlu risau dengan background cahaya yang tinggi. Subjek dan latar belakang akan nampak sempurna sebab fungsi pada kamera akan menjadikan video tidak terlalu gelap atau terlalu terang (over-exposure).

 

Nak ambil video pada waktu malam? Dalam gelap? Tak ada hal, sebab OPPO Reno5 Series 5G ada Ultra-Night Video yang akan mencerahkan video dengan kualiti terbaik.

5) Dual-view Video

Dengan OPPO Reno5, korang boleh menghasilkan dua video dengan Dual-view Video dalam satu rakaman dengan menggunakan kamera hadapan dan kamera belakang.

Korang boleh buat content video yang pelbagai mengikut kreativiti korang. Contohnya, boleh buat reaction video. Sambil buat rakaman guna kamera belakang, korang boleh rakam reaksi muka sendiri guna kamera hadapan. Memang best!

6) Night-Flare Portrait

Kalau korang memang dah lama jadi penggemar OPPO, mesti korang tau fungsi kamera Night Flare Portrait ni kan? Ia menjadikan gambar korang lebih terang, jelas dan menambahkan effect bokeh pada cahaya Ketika ambil gambar waktu malam!

7) Image-clear Engine (ICE)

First time kami dengan kamera yang mempunyai teknologi ICE ni. OPPO Reno5 Series 5G ini dilengkapi dengan teknologi ICE yang meningkatkan kestabilan dan membolehkan korang snap gambar objek yang bergerak.

Senang cerita, walaupun orang atau objek dalam gambar korang bergerak, tak blur langsung gambar korang!

8) Ultra Clear 108MP Image

Zoom banyak mana pun tak jadi masalah, sebab OPPO Reno5 Series 5G didatangkan dengan ciri kamera Ultra Clear 108MP Image yang membolehkan anda snap gambar dengan resolusi tinggi, sampaikan dah zoom pun, masih Ultra Clear!

9) Kepantasan 5G

Korang suka main game? Tengok movie? Memang OPPO Reno5 Series 5G ni pilihan terbaik untuk korang sebab ia dilengkapi dengan kepantasan 5G! Kami yakin mesti ramai je dah tahu apa kehebatan 5G ni kan. Dengan kepantasan 10 sehingga 100 kali lebih laju dari 4G dan keluasan sambungan juga jauh lebih hebat, nak main game, tengok movie, tengok TikTok, video call semua taka da masalah. Memang laju!

10) ColorOS 11

Smartphone yang hebat, kena lah dilengkapi dengan sistem operasi yang sama hebat. OPPO Reno5 Series 5G didatangkan dengan ColorOS 11. Apa yang hebat tentang ColorOS 11 ni? Jom cerita.

11) FlexDrop

FlexDrop ni membolehkan korang multi-tasking dengan membolehkan korang guna pelbagai aplikasi dalam satu masa. Siap boleh ubah layout multi-tasking korang tu untuk keselesaan korang. Senang nak buat kerja, reply WhatsApp atau tengok Netflix nanti.

12) Full Scenario Game Optimization

Haa ni untuk para gamer sekalian. Untuk tak nak kacau mood korang time main game, ColorOS 11 ni ada Bullet Screen Message. So takde la korang touch benda lain masa tengah syok main game. Ada juga Gaming Shotcut Mode, Adjustable Gaming Touch dan Gamer Mode untuk korang selaraskan keselesaan korang semasa main game.

13) Three-finger Translate

Ada benda nak diterjemah? Senang, guna tiga jari je, terus siap! Mudah kan, tak payah nak tukar-tukar aplikasi.

Dah jatuh cinta ke dengan OPPO Reno5 Series 5G?

Ha, jatuh cinta kan dengan phone ni? Reward diri korang untuk mulakan fresh start di Tahun Baru dengan telefon baru.

Bukan tu je! OPPO juga akan buat giveaway 15 unit OPPO Reno5 semasa pelancaran nanti.

So korang kena set reminder siap-siap untuk tengok OPPO Reno5 Series 5G Launch Party LIVE di laman rasmi Facebook dan Youtube OPPO pada 18 Januari 2021, bermula jam 6.30pm. Ada juga penampilan khas oleh Elizabeth Tan, Talitha Tan, Azira Shafinaz, Sophia Liana, Pauline Tan dan Emily Chan.

Pre-Order Sekarang!

The post Bila Ada OPPO Reno5 Series 5G, Barulah Boleh Jadi Instafemes, Jom Pra-Tempah Sekarang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments