Berang ‘Janji Manis’ Nak Sediakan Bekalan Air Bersih Tak Ditunaikan, Penduduk Tangkap & Ikat Datuk Bandar Di Pokok

Tidak menepati janji untuk menyediakan sumber bekalan air bersih, seorang datuk bandar di Mexico telah diikat pada pokok oleh penduduk yang tidak berpuas hati dengannya.

Media tempatan melaporkan bahawa Oscar Ramirez sedang membentangkan projek awam yang telah dijanjikan kepada penduduk bandar Frontera Comalapa pada Isnin.

Menurut Daily Mail, perwakilan dari 11 komuniti yang membentuk bandar itu berhadapan dan menyoal Ramirez mengenai keadaan sistem air yang tidak diselenggara sebelum mereka menahannya.

Pemimpin masyarakat dipercayai turun ke tangki dan membongkar permukaan tangki yang telah ditutup dengan simen untuk mengelakkan air keluar.

“Dia berjanji kepada kami untuk memberikan saliran air yang baik namun semuanya palsu kerana sistem air tidak berfungsi dengan baik.

“Ini adalah masalah lama yang harus ditangani dengan baik dan menjadi keutamaan kerana dia sudah berjanji dengan kami tapi dia tidak menepatinya,” kata seorang penduduk.

Tambah seorang penduduk lain, dia mengakui bahawa kawasan kejiranan yang merupakan bandar Frontera Comalapa tidak mempunyai air selama lebih dari seminggu.

Walaupun video telah tular, Ramirez bagaimanapun menafikan bahawa dia diikat pada pokok dan berkata bahawa mereka hanya berbincang sahaja.

Sumber: Daily Mail

The post Berang ‘Janji Manis’ Nak Sediakan Bekalan Air Bersih Tak Ditunaikan, Penduduk Tangkap & Ikat Datuk Bandar Di Pokok appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments