Amaran Keras & Tindakan Tegas Untuk Mana-mana Pihak Yang Mengganggu Usaha Kerajaan Tangani Pandemik & Pulihkan Ekonomi

Menerusi Pengumuman Khas Darurat hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi amaran kepada sesiapa yang mengganggu usaha  kerajaan untuk menguruskan pandemik COVID-19.

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

“Saya memberikan amaran keras, sesiapa yang cuba mengganggu-gugat usaha kerajaan untuk mengurus pandemik COVID-19 dan ekonomi negara akan diambil tindakan tegas demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara,” katanyaa.

Tambahnya, beliau juga berharap agar para alim ulamak dan pemimpin agama dapat mendoakan kesejahteraan negara.

Terdahulu, YDPA berkenan untuk mengisytiharkan darurat sehingga 1 Ogos ini atau lebih awal apabila keadaan COVID-19 sudah reda.

Pengumuman Khas Darurat

Pengumuman Khas Darurat oleh YAB Perdana Menteri (12 Januari 2021)

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Monday, January 11, 2021

Sumber: RTM

The post Amaran Keras & Tindakan Tegas Untuk Mana-mana Pihak Yang Mengganggu Usaha Kerajaan Tangani Pandemik & Pulihkan Ekonomi appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments