Zanziman Ellie Si ‘Mowgli Dunia Nyata’, Hidup Di Hutan Afrika Kerana Kerap Dibuli

Seorang remaja lelaki, Zanziman Ellie atau dikenali sebagai “Mowgli dunia nyata” yang hidup di hutan akibat dibuli oleh penduduk setempat. Remaja tersebut dianggap “keajaiban” oleh ibunya setelah kehilangan lima orang anaknya tatkala penampilannya dipandang pelik oleh masyarakat sekeliling.

Menerusi video, dapat menggambarkan perasaan pasangan suami isteri yang sedih dengan kehilangan lima orang anak mereka sehingga mereka memohon kepada Tuhan untuk dikurniakan seorang anak. Bahkan, pasangan tersebut tidak kisah fizikal anak selagi anak itu tidak meninggal.

Sembilan bulan kemudian, lahirlah seorang bayi yang diberi nama Zanziman Ellie tetapi bayi tersebut menderita microcephaly. Microcephaly adalah keadaan yang mempengaruhi ukuran kepala seseorang individu semasa dilahirkan.

Gambar via Kumparan.com

Disebabkan itu, Zanziman Ellie sanggup berjalan 20 batu setiap hari demi mengelakkan dirinya menjadi mangsa buli oleh penduduk setempat. Bukan itu sahaja, remaja tersebut mempunyai potensi berlari dengan laju dan mahir memanjat pokok.

Selain itu, dirinya yang tidak bersekolah hanya meluangkan masa dengan menggembara ke dalam hutan. Menurut laporan, dirinya juga pernah menjelajahi hutan sehingga 230 km bahkan hanya makan rumput sepanjang berada di dalam hutan tersebut.

Ibunya turut menjelaskan bahawa anaknya itu tidak boleh bercakap seperti manusia normal, tetapi anaknya itu boleh memahami segala apa yang dikatakan.

Sumber: The Sun

The post Zanziman Ellie Si ‘Mowgli Dunia Nyata’, Hidup Di Hutan Afrika Kerana Kerap Dibuli appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments