Wanita ‘Selamba’ Hadiahkan Roll-Royce Sempena Hari Jadi Anaknya Yang Ke-12

DUBAI – Seorang wanita, Gulnora Mukhedinova,34 tahun didakwa telah menghadiahkan anaknya sebuah kereta Rolls-Royce Wraith yang bernilai hampir 1.3 juta kepada anak lelakinya. Wanita itu dikatakan menghadiahkan kereta itu sempena ulang tahun anaknya yang ke-12 tahun, lapor The Sun UK.

Rakaman video yang dimuat naik di Instagram menunjukkan Gulnora menghadiahkan kereta mewah kepada anak lelakinya, Rannum sempena ulang tahun kelahiran. Namun begitu, tindakannya mengundang kecaman netizen kerana syarat untuk mendapatkan lesen kereta yang sah adalah berumur 18 tahun ke atas. Ini membawa maksud anaknya perlu menunggu enam tahun lagi untuk memandu.

Walau begitu, terdapat segelintir netizen yang memberi komen pujian atas tindakan yang dilakukan oleh Gulnora terhadap anaknya. Sementara yang lain memandang perkara tersebut sebagai perkara yang serius.

“Anda perlu berhenti membenci dia kerana keluarga itu berusaha keras untuk mencari wang sendiri jadi biarkan sahaja mereka membelanjakan wang tersebut dengan cara mereka suka,” kata seorang netizen.

“Saya tidak akan membelikan iPhone untuk anak saya yang berusia 12 tahun, apatah lagi Rolls Royce,” ujar seorang pengguna Instagram.

Oleh hal yang demikian, Gulnora menghadiahkan kereta mewah dengan titik peluhnya sendiri sebagai pereka fesyen, pengarah Creative Baravia Fashion dan juga pengasas salon kecantikan Baravia di Dubai.

Sumber: The Sun UK

The post Wanita ‘Selamba’ Hadiahkan Roll-Royce Sempena Hari Jadi Anaknya Yang Ke-12 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments