Viral Aksi Berani Lelaki Didakwa Tunaikan Solat Di Tengah Jalan, Undang Rasa Kesal Netizen

JAKARTA – Seorang lelaki didakwa bertindak menunaikan solat di tengah jalan sehingga menjadi satu topik yang hangat diperkatakan oleh warganet. Kejadian tersebut berlaku di bandar Banyuwangi, Jawa Timur sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

Kejadian tersebut turut dirakam di mana ia menunjukkan seorang lelaki yang memakai jubah putih dan berseban sedang solat di tengah jalan raya. Bahkan, lelaki tersebut seakan tidak peduli dengan keadaan di sekitarnya sehingga menyebabkan pengguna jalan raya ketika itu terpaksa memperlahankan kenderaan mereka.

“Pak Rudi memberitahu dia melihat seorang lelaki sedang menunaikan solat di tengah jalan. Perbuatan lelaki tersebut menganggu jalan raya kerana kedudukan lelaki itu berada di tengah jalan dan ia berpotensi menyebabkan kemalangan.

“Kepada sesiapa yang melalui jalan raya itu, anda diminta supaya berhati-hati dan kurangkan kelajuan kenderaan anda,” tulis akaun radio.

Sehubungan dengan itu, rakaman video berkenaan mendapat pelbagai komen malah reaksi daripada pengguna media sosial. Terdapat juga segelintir warganet yang berasal dari daerah tersebut mendakwa bahawa lelaki itu sudah beberapa kali melakukan perbuatan yang luar dari jangkaan.

Sumber: Suara.com

The post Viral Aksi Berani Lelaki Didakwa Tunaikan Solat Di Tengah Jalan, Undang Rasa Kesal Netizen appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments