(Video)Tersalah Beli Tiket ‘Train’, Netizen Kagum Tengok Kefasihan Pelajar Malaysia Ini ‘Berdebat’ Dengan Lelaki Arab

Penguasaan bercakap dalam bahasa ketiga sememangnya boleh membantu seseorang untuk menghadapi situasi yang tidak terjangka terutama apabila berada di negara asing.

Sama dengan video yang tular ini yang menyaksikan seorang pelajar dari Malaysia yang ‘berdebat’ dengan seorang warga Arab di dalam kereta api.

Melalui video yang dimuatnaik oleh Aisyah di laman Twitter, rakannya yang bernama Hidayah mencuri tumpuan apabila kelihatan bertegas dengan pendiriannya.

Menurut Aisyah, ‘perdebatan’ itu berlaku setelah mereka tersilap membeli tiket kereta api yang menuju ke Kaherah. Mereka tidak tahu bahawa tiket yang dibeli lebih murah dari harga sebenar.

Ketika lelaki itu menyemak tiket tersebut, dia mula mempersoalkan dan meminta mereka berdua untuk turun namun Hidayah berani untuk menjelaskan situasi mereka.

Tapi jangan bimbang, tiada sebarang pergaduhan besar, ia hanya ‘perdebatan’ yang diakhiri dengan ketawa kecil dari mereka semua.

Menjengah ke ruangan komen, warganet nyata kagum dengan kefasihan Hidayah bercakap dalam bahasa Arab.

Sumber: snanaaaaa

The post (Video)Tersalah Beli Tiket ‘Train’, Netizen Kagum Tengok Kefasihan Pelajar Malaysia Ini ‘Berdebat’ Dengan Lelaki Arab appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments