(Video) Tunduk Tanda Terima Kasih, Tindakan Budak Tolak Ibu Berkerusi Roda Ini Raih Pujian Warganet

Tindakan seorang kanak-kanak lelaki yang memberi tunduk hormat kepada pengguna jalan raya sebagai tanda terima kasih kerana memahami dan memberi laluan kepadanya berjaya raih pujian daripada warganet.

Video yang dikongsikan melalui sebuah akaun Twitter bernama @menteridigital itu memaparkan seorang budak lelaki yang menggalas beg biru membantu ibunya yang berkerusi roda melintasi sebuah jalan.

Budak lelaki itu dilihat menolak kerusi roda yang dinaiki dipercayai ibunya untuk menyeberangi jalan. Semasa berada di tengah-tengah jalan tersebut, budak lelaki itu tidak terus menuju ke seberang jalan yang mahu dilaluinya.

Sebaliknya, dia telah berhenti sejenak dan menundukkan kepalanya sambil membongkok ke arah kereta yang berhenti di jalan yang dilintasinya itu.

Bukan itu sahaja, menurut kapsyen di dalam video tersebut, setiap kali kereta berhenti untuk memberikan laluan kepadanya, dia akan memberi tunduk hormat ke arah kereta-kereta tersebut kerana tidak membunyikan hon serta memahami keadaan mereka.

Kemudian dia akan menyambung perjalanannya sambil menolak ibunya itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah jalan di negara Jepun.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial Twitter. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 32 ribu kali dan telah mendapat sebanyak lebih 2 ribu Likes.

Warganet yang menonton video tersebut berasa kagum dan memuji adab yang ditunjukkan budak lelaki itu.

Sumber: Suara.com

The post (Video) Tunduk Tanda Terima Kasih, Tindakan Budak Tolak Ibu Berkerusi Roda Ini Raih Pujian Warganet appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments