(Video) Tular Rakaman Ombak Besar Kononnya Membadai Jambatan Kedua Pulau Pinang Adalah Palsu

Tular di media sosial sebuah klip video yang bertajuk “Penang 2nd bridge at 6pm yesterday”, yang kononnya terdapat ombak besar membadai jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Namun, menerusi laman Twitter rasmi Jambatan Kedua Pulau Pinang (JSAHMS) telah mengesahkan bahawa video terbabit adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

Akhir – akhir ini, tular sebuah video yang menunjukkan ombak besar menghentam sebahagian struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, JSAHMS (Jambatan Kedua Pulau Pinang).

Pihak Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), selaku pemegang konsesi JSAHMS, menafikan kesasihan video tersebut dan ianya bukan berlaku di kawasan JSAHMS.

Video yang sama mula tular di media sosial pada tahun 2018 dan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menegaskan bahawa video yang bertajuk “Penang 2nd bridge at 6.00 pm yesterday” adalah tidak benar sama sekali.

“Untuk makluman, video tersebut dipercayai telah diambil ketika ombak besar membadai sebuah jambatan di Pulau Minicoy, India pada tahun 2018. Tiada insiden sedemikian berlaku di JSAHMS, mahupun di Negeri Pulau Pinang.”

Inilah bukti bahawa majlis bandaraya Pulau Pinang pernah keluarkan kenyataan mengenai berita palsu ini.

Sumber: JSAHMS

The post (Video) Tular Rakaman Ombak Besar Kononnya Membadai Jambatan Kedua Pulau Pinang Adalah Palsu appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments