(Video) Tular Rakaman Babi ‘Masuk’ Pusat Beli-belah, Dipercayai Di Putrajaya Jadi Bualan Netizen

Isu haiwan tersesat masuk ke kawasan manusia bukanlah perkara baharu, malah ia sering terjadi di luar jangkaan tanpa mengira waktu.

Ada kes monyet masuk rumah orang, ada kes buaya tersesat sambil mengganggu anak gadis di tepi sungai, malah ada kes gajah menceroboh kebun milik manusia.

Sebentar tadi, satu rakaman yang memaparkan aksi seekor babi ‘menceroboh’ masuk sebuah premis perniagaan disebuah pusat membeli-belah, dipercayai di Putrajaya.

Dipercayai berlaku hari ini, video tersebut dimuatnaik akaun Twitter @muzzashark sehingga menjadi bualan hangat warganet.

Sementara itu, ramai lagi warganet lain turut berkongsi rakaman video situasi yang sama.

 

 

 

Berdasarkan rakaman selanjutnya, sepasukan bomba tiba di lokasi kejadian untuk tindakan lanjutan.

Bagaimanapun pihak pengurusan Alamanda dan premis tersebut belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu berkenaan setakat ini.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: @muzzashaerk

The post (Video) Tular Rakaman Babi ‘Masuk’ Pusat Beli-belah, Dipercayai Di Putrajaya Jadi Bualan Netizen appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments