(Video) Tangan Kelihatan ‘Menggigil’, Rakaman ‘Rider’ Ini Kesejukan Lepas Hantar ‘Order’ Bikin Ramai Terharu

Masing-masing mempunyai tanggungjawab baik terhadap diri sendiri mahupun keluarga. Demi mencari pendapatan yang halal, ramai individu yang mengambil inisiatif menjadikan kerja menghantar barangan atau makanan sebagai sumber rezeki.

Kisah kegigihan golongan ini sering menarik perhatian orang ramai. Biarpun terpaksa meredah hujan lebat dan panas terik, mereka sabar berusaha bagi memastikan pesanan tiba dengan selamat.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi detik mengharukan apabila seorang penghantar makanan sanggup meredah hujan bagi memenuhi pesanannya.

Dalam video dikongsikan Wahida Syafiqa II, kelihatan seorang ‘rider’ memakai baju hujan yang basah kuyup dalam keadaan tergesa-gesa menaiki motosikalnya selepas menghantar pesanan. Malah, tangannya kelihatan menggigil dipercayai kesejukan ketika memegang telefon miliknya.

“Tengok sampai habis. Ya allah mulianyaa dia kerja musim macam ni. Moga murah rezeki abang ni dan semua rider.”

Tengok sampai habis😭😭Ya allah mulianyaa dia kerja musim mcm ni.Moga murah rezeki abang ni dan semua rider🤲🏻

Posted by Wahida Syafiqa II on Wednesday, December 2, 2020

Bagi sesetengah individu, mungkin ada yang mengambil keputusan agar tidak membuat pesanan ketika hujan agar para rider tidak perlu membasahkan diri mereka.

Pun begitu, dalam satu bebenang tular di Twitter sebelum ini, sebahagian rider penghantar makanan mengaku mereka tetap menghargai jika ada pesanan pada waktu hujan kerana itu adalah satu-satunya cara untuk menambah pendapatan mereka.

Ciapan berkenaan merupakan perkongsian hasil undian daripada laman Instagram Siti Hawa Mohd Noor di mana 79 peratus pengguna mengaku tidak memesan makanan ketika waktu hujan.

Sumber: Wahida Syafiqa II

The post (Video) Tangan Kelihatan ‘Menggigil’, Rakaman ‘Rider’ Ini Kesejukan Lepas Hantar ‘Order’ Bikin Ramai Terharu appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments