(Video) Si Oyen Buat Hal Lagi, Tarik Baju ‘Member’ Masa Nak Lompat, ‘Selamber Usyar’ Macam Tak Salah

oyen itam

Si kucing oren sering dikaitkan dengan gelagat mereka yang nakal. Baru-baru ini, sebuah video di Twitter membuatkan orang ramai terhibur melihat aksi si Oyen yang telah membuatkan si Itam ‘bertelanjang bulat’.

Dalam video dikongsikan Nature & Animals, kelihatan seekor kucing hitam berbaju merah cuba melompat dari atas sebuah rak. Sebelum ia melonjakkan kakinya, tiba-tiba muncul pula si Oyen yang menarik hujung pakaian kucing tersebut, mengakibatkan pakaian itu tertanggal dari badan si Itam.

Hasilnya, tinggallah si Itam yang bagaikan terpinga-pinga mendarat tanpa pakaian. Lompatannya juga dianggap tidak berjaya kerana gangguan daripada Si Oyen.

Jom tonton video mereka di bawah.

Sumber: Nature & Animals

The post (Video) Si Oyen Buat Hal Lagi, Tarik Baju ‘Member’ Masa Nak Lompat, ‘Selamber Usyar’ Macam Tak Salah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments