(Video) Shuib Mohon Maaf, Tiada Niat Nak Buat Aksi Lucah

Susulan daripada kontrovesi satu babak dalam satu rancangan komedi di saluran Astro, Shuib tampil membuat permohon maaf menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya.

Shuib mengakui kesilapan tersebut dan menjelaskan bahawa dia tidak bermaksud apa-apa dan hanya membuat lawak sahaja. Dia tidak sangka lawak tersebut dikecam netizen kerana ada unsur yang dipercayai kurang disenangi.

“Ada satu babak saya buat memarut kelapa, di sini saya dengan rendah diri nak memohon maaf kepada mereka yang terasa hati… Saya tidak bermaksud apa-apa semasa melakukan babak tersebut. Sekali lagi saya minta dan tidak mengulangi kesilapan itu.”

Dia berharap orang ramai untuk terus menyokong rancangan tersebut bersama-sama rakan yang lain.

 

Sumber: Instagram Shuib

The post (Video) Shuib Mohon Maaf, Tiada Niat Nak Buat Aksi Lucah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments