(Video) Selalu Bukakan Parcel, Suami Menangis Gembira Dapat Kejutan Tak Disangka Dari Isteri

Kalau sebelum ini pernah tular di media sosial mengenai pasangan dua merpati sejoli yang berkahwin hasil daripada perkenalan di aplikasi game PUBG, kini pasangan suami isteri tersebut kembali mendapat perhatian warganet.

Sususlan itu, terdapat rakaman video si suami yang kelihatan menitiskan air mata ketika mendapat kejutan yang tidak disangkakan daripada isterinya, Puteri Alia Shahhiza.

Menurut rakaman video tersebut, kebiasaannya suaminya akan membuka setiap parcel yang sampai ke rumah mereka. Disebabkan itu, wanita tersebut menggunakan kreativiti dengan menggunakan parcel untuk membuatkan satu kejutan yang ‘special’ untuk suaminya.

@putrialiashahhiza

♬ original sound – Riyandi Kusuma – Riyandi Kusuma

Rakaman video yang berdurasi 15 saat itu memperlihatkan suaminya, Zulhilmi seakan terkejut bahkan terkedu melihat sebuah pregnancy test yang terdapat di dalam parcel tersebut. Bukan itu sahaja, suaminya turut menitiskan air mata sebaik sahaja mengetahui dirinya bakal bergelar seorang ayah tidak lama lagi.

Video tersebut menjadi viral di mana ia telah meraih lebih 186 ribu tontonan dan juga sekitar 36 ribu tanda suka. Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.

Sumber: Putri Alia Shahhiza (tiktok)

The post (Video) Selalu Bukakan Parcel, Suami Menangis Gembira Dapat Kejutan Tak Disangka Dari Isteri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments