(Video) Rakaman Kucing Bertuah Berjaya Diselamatkan Pekerja Pusat Pelupusan Sampah

Seorang pekerja pelupusan sampah secara tidak sengaja telah menyelamatkan seekor kucing dari kematian semasa memunggah sampah untuk dimusnahkan.

Mikhail Tukas, seorang pekerja kilang sampah berkata: “Ini terjadi secara tidak sengaja. Kita mesti memunggah setiap sampah untuk melihat apakah ada logam di dalamnya. kami mengumpulkan barangan logam. Oleh itu, ia berlaku secara tidak sengaja.

Tetapi ini bukan kali pertama pekerja di pusat  di Ulyanovski, Rusia itu menemui haiwan dan menyelamatkannya dari kematian.

Setelah penyelamatannya menjadi viral, kucing ini telah menjadi sebagian ahli dalam kementerian alam sekitar Ulvanovski, Russia, lapor BBC.

Gulnara Rakhmatulina, seorang Pemangku Menteri Alam Sekitar Ulvanovski berkata: “Kami membawanya ke kementerian, kami telah menyusun tempat untuknya. Dia akan menjadi wakil menteri perlindungan haiwan liar. Dia akan tinggal di kementerian dan kami para pekerja pemerintah akan bertanggungjawab terhadapnya.

Sumber : BBC News

The post (Video) Rakaman Kucing Bertuah Berjaya Diselamatkan Pekerja Pusat Pelupusan Sampah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments