(Video) Penjaga Zoo Rakam Kelakuan Pelik Haiwan, Tak Sangka Video Tular Di Media Sosial

Perkara yang menjadi kegembiraan dan keseronokkan menjaga haiwan di Zoo adalah apabila melihat telatahnya yang lucu secara spontan. Begitu lah video yang dikongsi di Instagram rasmi Zoo Nasional Smithsonian dalam beberapa saat yang memperlihatkan haiwan di zoo tersebut melakukan pelbagai aksi yang mencuit hati di kamera.

Rakaman video yang dimuat naik ke Instagram itu menunjukkan beberapa telatah haiwan yang menarik dan mempunyai jumlah view sebanyak 199 ribu. Susulan daripada itu, ramai pengguna Instagram begitu kagum dan memberi komen-komen yang menarik terhadap video haiwan itu. Kelucuan haiwan itu menjadi tarikan ditambah pula dengan pelbagai jenis haiwan yang terdapat di video tersebut dan melakukan aktiviti seperti bermain di sebalik kamera yang tidak disedari.

Antara rakaman yang menjadi tarikan di video tersebut adalah ketika landak menikmati mandiannya dengan pasir-pasir halus. Selain itu, ada juga rakaman anak-anak Cheetah yang comel membuat aksi muka seperti sedang bercakap di depan kamera. Seekor panda yang mengunyah buluh juga turut menjadi perhatian. Begitu juga dengan kuda yang berlari secara serentak di padang dan aksi rakun yang menunjukkan pose badannya membuatkan penonton berasa geram dengan kecomelannya.

Video yang dikongsi itu telah mendapat 10 ribu like dan penjaga zoo telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukannya kerana menjaga haiwan-haiwan di zoo dengan baik dan penuh kasih sayang. Pihaknya juga memberi penghargaan kepada pasukannya kerana telah menghabiskan banyak masa di zoo dan bekerja dengan rajin dan tekun bagi memastikan haiwan di zoo mendapatkan penjagaan yang terbaik.

Lihat video rakaman yang diambil oleh penjaga zoo di bawah:

Sumber : News18

The post (Video) Penjaga Zoo Rakam Kelakuan Pelik Haiwan, Tak Sangka Video Tular Di Media Sosial appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments