(Video) Pemuda Ini Berjaya Tukar Kereta Lama Jadi Model Transformer Dengan Ketinggian 12 Meter

Seorang pemuda Cina di Baoding, Provinsi Hebei, China utara telah menyambung dan menukarkan kereta lama menjadi model Transformer yang menakjubkan. Transformer terbesar yang dihasilkan oleh team-nya itu mencapai ketinggian lebih dari 12 meter.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh twitter @CGTNOfficial, dia dan team mengambil masa lebih dari setahun untuk membuat model transformer tersebut. ” Kami mengambil masa lebih dari setahun untuk menyelesaikannya”, kata Quan Likun yang merupakan pencipta model. ” Ianya bukanlah sesuatu yang sukar, tapi untuk memastikan pergerakkan model tersebut bersesuaian dan arahan yang menyeluruh itulah yang sedikit menyukarkan”, tambah beliau.

Sumber- Twitter @CGTNOfficial

The post (Video) Pemuda Ini Berjaya Tukar Kereta Lama Jadi Model Transformer Dengan Ketinggian 12 Meter appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments