(Video) Pemilik Bingung Kucing Peliharaan Bangga Pulang Bawa Hasil ‘Rompakan’, Turut Ulangi ‘Jenayah’ Di Hari Kedua

Sebuah keluarga tidak dapat menahan perasaan selepas mendapati bahawa kucing peliharaan mereka membawa pulang sebungkus makanan yang dipercayai dicuri terdapat di mulutnya.

Lee Harvey, 42, dan anak perempuannya sedang menyiapkan sarapan di rumah mereka pada ketika itu. Secara tiba-tiba, kucing peliharaan mereka yang bernama Zico telah muncul dengan sebungkus makanan yang dibawa di mulutnya.

Sebuah video yang dirakam berjaya memaparkan kucing tersebut berjalan di sekitar halaman rumah mereka dengan sebungkus beg Dreamies dan mereka bahkan menemui sebungkus lagi beg tersebut pada hari berikutnya.

Dapat didengari melalui video tersebut bahawa Lauryn, 13, dan Jodi, 19, tertawa selepas menyedari kucing mereka itu telah pulang ke rumah sambil membawa sebungkus beg makanan berwarna oren.

Ketiga-tiga mereka terus tertawa dengan berasa kagum sambil seseorang berkata: “Apa yang dia dapat? Dia merompak makanan seseorang! “Siapa punya?”

Kakaknya menambah: “Dari mana datangnya makanan itu?”

Menuju terus ke pintu dapur, kucing tersebut telah masuk ke bahagian dapur sebelum meletakkan hasil ‘rompakannya’ itu di alas kaki.

Dan walaupun tiada jiran diantara jiran mereka yang membela kucing, Zico telah membawa pulang sebungkus lagi makanan pada hari berikutnya.

Lee berkata: “Kami masih tidak tahu dari mana asalnya, tapi dia kelihatan seakan mudah sahaja untuk mendapatkannya.

“Tidak ada jiran terdekat kami pun yang mempunyai kucing, jadi kami masih tidak tahu siapa yang pemilik bungkusan itu.

“Untuk memburukkan lagi keadaan, dia telah membawa pulang satu lagi paket keesokan harinya.

“Kami semua merasa sangat lucu kerana dia telah mendapatkan makanan itu dengan sendirinya daripada rumah orang lain, sambil menunggu sarapannya siap,” ujarnya.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Pemilik Bingung Kucing Peliharaan Bangga Pulang Bawa Hasil ‘Rompakan’, Turut Ulangi ‘Jenayah’ Di Hari Kedua appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments