(Video) Pasangan Ini Pelihara Tikus Yang Ditemui Hampir Lemas Sampai Besar, Diberi Nama ‘Umi’

Kalau sebut mengenai haiwan peliharaan, mesti korang akan terfikir kucing, anjing dan haiwan yang sesuai untuk pelihara. Tetapi pasangan ini sangat ‘rare’ apabila menjaga seekor tikus.

Bakal pengantin menjumpai seekor haiwan semasa menjalani sesi fotografi berdekatan dengan sebuah kolam. Apa yang menjadi perhatian ramai, haiwan tersebut adalah seekor anak tikus, sangat lain daripada yang lain.

Menerusi video tersebut menunjukkan anak tikus yang diselamatkan dan dijaga sehingga haiwan ini membesar dengan sihatnya dinamakan sebagai Umi-chan.

Korang bayangkan tikus rumah dijadikan haiwan peliharaan dan disayangi oleh pasangan ini. Memang ajaib dan cukup istimewa. Bukan itu sahaja, haiwan ini juga sangat ‘behave’ dipangkuan tuannya.

Walau bagaimanapun, pasangan ini mendapat pujian ramai atas niat murni mereka untuk menjaga haiwan kecil ini.

 

Sumber: Thedodo

 

The post (Video) Pasangan Ini Pelihara Tikus Yang Ditemui Hampir Lemas Sampai Besar, Diberi Nama ‘Umi’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments