(Video) ‘Paksa’ Senyum Sebelum Masuk Kelas, Aksi Cikgu Ini Cuba Bawa ‘Positive Energy’ Kepada Pelajar Raih Pujian

Video seorang guru di bandar Qinhuangdao, China yang memaksa dirinya untuk senyum sebelum masuk mengajar sebuah kelas berjaya raih perhatian.

Video tersebut memaparkan seorang guru lelaki sedang berjalan di kaki lima sebuah sekolah di China sebelum berhenti seketika di hadapan pintu kelasnya.

Guru tersebut kemudiannya dilihat menarik nafas terlebih dahulu dan cuba untuk mengubah riak wajahnya supaya menjadi lebih ceria sebelum memasuki kelas tersebut dan mengajar anak muridnya.

Video berkenaan telah menjadi tular di media sosial China. Beberapa warganet yang melihat video itu berasa kagum dengan usaha dan tindakan guru tersebut bagi memastikan anak muridnya belajar dalam keadaan ceria.

“Tidak kira sepenat mana dirinya, dia tetap memberikan positive energy kepada kita. Respect,” tulis seorang warganet.

“Ianya menunjukkan tahap profesional yang ada pada dia. Thumbs up,” tulis seorang lagi.

Setelah video tersebut menjadi tular, guru tersebut menyatakan bahawa dia tidak menyangka yang dia akan menjadi popular di internet.

Tambahnya lagi, dia hanya mahu menjadi seorang guru yang baik sahaja.

Sumber: CGTN

The post (Video) ‘Paksa’ Senyum Sebelum Masuk Kelas, Aksi Cikgu Ini Cuba Bawa ‘Positive Energy’ Kepada Pelajar Raih Pujian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments