(Video) Nasib Tak Lemas, Gelagat Kucing Ini Lompat Dalam Salji Tebal Sampai ‘Tenggelam’ Bikin Terhibur

Kucing terkenal dengan sikap nakal dan rasa ingin tahu yang tinggi. Bila tiba masa mengembara, ada sahaja gelagat mereka yang boleh mencuit hati.

Seperti satu video dikongsikan pemilik akaun @catdogcody di TikTok, seekor kucing yang cuba melompat daripada pagar akhirnya terjunam kepala dahulu ke dalam salji dipercayai setebal 41 inci.

Tindakan itu hampir melemaskan dirinya sendiri dengan kepala yang terkambus di dalam salji sementara hanya ekor yang terkapai-kapai di permukaan. Tanpa membuang masa, seorang wanita dipercayai pemiliknya segera mengangkat kucing malang itu keluar daripada timbunan salji berkenaan. Tonton videonya di bawah:

@catdogcody

#catfail #fail #dumbcatsoftiktok #snovid2020 #ohnono #catsoftiktok #cat #dumbcat #snow #funny #funnyvideos #funnycatsoftiktok #funnycats #catvideo

♬ Oh No – Kreepa

Sumber: @catdogcody

The post (Video) Nasib Tak Lemas, Gelagat Kucing Ini Lompat Dalam Salji Tebal Sampai ‘Tenggelam’ Bikin Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments