(Video) Mungkin Kerusi Penuh, Gelagat Wanita Ini Duduk Atas ‘Kerusi Halimunan’ Tarik Perhatian

Apabila menaiki pengangkutan awam seperti bas atau kereta api, pasti kita sering berhadapan dengan situasi di mana ruangan tempat duduk tidak mencukupi. Mungkin anda boleh mencontohi seorang wanita di Taiwan ini, dia duduk di atas ‘kerusi halimunan’ sambil membaca buku.

Seorang netizen menyiarkan video itu di Facebook Baofei Commune. Video menunjukkan seorang wanita yang kelihatan sedang duduk di hadapan pintu kereta api. Gerak badannya menunjukkan postur duduk dengan lutut dibengkokkan pada sudut 90 darjah dan pahanya selari dengan lantai, sementara beg miliknya diletakkan di pangkuannya dan dia membaca buku dengan santai.

Wanita itu kelihatan selesa duduk di ‘kerusi halimunan’. Ramai warganet berteka teki dengan mengatakan kemungkinan latihan kekuatan mistik ataupun latihan squats yang mantap dilakukan wanita itu.

Sumber : Taiwan News

The post (Video) Mungkin Kerusi Penuh, Gelagat Wanita Ini Duduk Atas ‘Kerusi Halimunan’ Tarik Perhatian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments