(Video) Mujur Sempat ‘Terjun’ Dari Motosikal, Detik Mendebarkan Wanita Hamil Nyaris Dirempuh Tayar ‘Terbang’

tayar tercabut

Seorang wanita hamil nyaris ‘dirempuh’ sebuah tayar besar yang bergolek ke arahnya ketika sedang menaiki motosikal bersama pasangannya di sebuah jalan Prauchup Kiri Khan, selatan Thailand.

Menurut Daily Mail, dalam kejadian pada 3 Disember itu, mereka berdua sedang berada di tepi jalan dan menunggu peluang untuk melintas sebelum secara tiba-tiba, sebuah tayar trak melantun-lantun ke arah mereka.

Secara refleks, wanita itu terus terjun daripada motosikal manakala teman lelakinya membongkokkan diri bagi mengelakkan tayar berkenaan.

Kedua-dua mereka dilaporkan tidak cedera. Sementara itu, pemilik trak itu berkata, dia tidak sedar ketika tayar itu tercabut daripada traknya.

“Ia adalah tayar daripada trak nanas saya, tetapi ianya adalah kemalangan. Ia tercabut tanpa saya sedar, saya tak tahu kenapa,” katanya seperti dilapor Daily Mail.

Kedua-dua pihak dikatakan telah menyelesaikan isu itu secara tertutup.

Gambar: Daily Mail

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Mujur Sempat ‘Terjun’ Dari Motosikal, Detik Mendebarkan Wanita Hamil Nyaris Dirempuh Tayar ‘Terbang’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments