(Video) Menakjubkan, Jurugambar Berjaya Rakam Kedudukan Dekat Planet Musytari, Zuhal & Bulan-bulannya

Baru-baru ini, seorang jurugambar terkenal Frank Delargy berpeluang merakam satu penemuan menakjubkan di angkasa raya.

Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya pada 20 Dis lalu, Frank memuat naik sekeping foto memaparkan penampakan planet Zuhal dan Musytari di ruang angkasa.

Menariknya, kedua-dua planet berkenaan didapati berada tidak terlalu jauh dari kedudukan masing-masing dan dapat dilihat dengan jelas daripada lensa kamera.

Kata Frank, situasi itu dirakam pada 12.30 tengah malam hari tersebut.

Gambar: Frank Delargy Photography

Jika diperhatikan pada foto di atas ini, amat jelas kedudukan planet Zuhal yang bergelang di sekelilingya berada di atas, manakala Musytari – planet terbesar dalam galaksi Bima Sakti berada di bawah sekali.

Manakala beberapa ‘titik’ yang berdekatan planet tersebut adalah bulan masing-masing.

Difahamkan, foto penampakan kedua-dua planet tersebut dirakam menggunakan kamera dan keupayaan berikut:-

  • Kamera Sony A7R4
  • Lensa berukuran 100-400 milimeter/800 milimeter, bukaan aperture f/11, kelajuan shutter speed 1/60 saat serta bacaan ISO 320
  • 2X Teleconverter pada penjejak bintang (star tracker)

“Planet-planet tersebut dapat dilihat tepat sebelum matahari terbenam di langit barat daya, serta turut terbenam dari penampakan sekitar duaj jam selepas matahari terbenam,” katanya dalam hantaran tersebut.

Gambar: Frank Delargy Photography

Merujuk foto di atas ini pula, kedudukan Zuhal dan Musytari ini dirakam pada jam 6.15 petang keesokan harinya (21 Dis).

Setiap planet di sistem suria mempunyai bulannya sendiri, malah tidak seperti Bumi yang hanya ada satu bulan, planet-planet mempunyai bulan yang lebih banyak.

 

 

Seperti yang dirakam Frank ini, jika diperhatikan pada kedudukan Musytari (kiri), terdapat empat bulan yang dapat dikesan melalui lensa kamera.

Bermula dari atas, bulan-bulan tersebut ialah Callisto (pertama atas), Io (kedua), Ganymede (yang seakan menyentuh Musytari) dan Europa di bawahnya.

Manakala Zuhal pula dikelilingi rapat oleh dua bulan, iaitu Rhea (kiri) dan Titan (kanan).

Foto kedua ini pula dirakam di Tampa, Florida menggunakan kamera dan keupayaan seperti berikut:

  • Kamera Sony A7R4
  • Lensa 10-400 GM
  • Keupayaan lensa berukuran 800 milimeter, kelajuan shutter speed 1/10 saat, bukaan aperture f/11 dan bacaan ISO 320
  • 2x teleconverter
  • Star tracker pada tripod
  • Tambahan exposure untuk bulan pada 1/2 saat
Frank Delargy sering merakam foto landskap dan dikongsikan ke laman Facebooknya Frank Delargy Photography.

The post (Video) Menakjubkan, Jurugambar Berjaya Rakam Kedudukan Dekat Planet Musytari, Zuhal & Bulan-bulannya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments