(Video) Macam Tak Puas Hati, Gelagat Kucing ‘Bergaduh’ Dengan Air Jadi Perhatian, Ditonton Lebih 4 Juta Kali

Satu video rakaman yang memaparkan seekor kucing sedang ‘bergaduh’ dengan air pancut telah menjadi tular di media sosial.

Video yang berdurasi selama 34 saat itu menunjukkan seekor kucing berwarna putih seakan tidak berpuas hati dengan pancuran air yang sedang mengalir itu.

Kucing comel itu kelihatan seakan berusaha untuk menghentikan air yang sedang terpancut keluar itu sebanyak beberapa kali namun gagal.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial Facebook. Sehingga kini, ianya telah ditonton sebanyak lebih 4 juta kali daripada warganet.

Cat is cat 😅

Posted by Ernesto’s Sanctuary for Cats in Syria on Wednesday, December 9, 2020

Sumber: Ernesto’s Sanctuary for Cats in Syria

The post (Video) Macam Tak Puas Hati, Gelagat Kucing ‘Bergaduh’ Dengan Air Jadi Perhatian, Ditonton Lebih 4 Juta Kali appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments