(Video) Letusan Gunung Berapi Etna Menyebabkan Asap Lava Penuhi Ruang Udara Sicily Setinggi 300 Kaki

Letusan di Gunung Etna menghantar aliran lava dan debu-debu hingga mencapai ratusan kaki ke udara di Sisilia, malam Ahad.

Letusan gunung berapi ini mula dikesan dari kawah tenggara sebelum jam 9:30 malam waktu tempatan.

Menurut Pusat Penasihat Abu Vulkanik (VAAC) di Toulouse, Perancis, letusan itu berlaku hingga Isnin pagi, dengan abu yang tebal dan tinggi kira-kira tiga batu dan pancuran larva naik lebih dari 325 kaki ke udara.

Abu gunung berapi meliputi sebahagian kampung kecil antara Pedara dan Tremestieri Etneo di Catania, Sisilia.

Etna adalah gunung berapi terbesar dan paling aktif di Eropah, menghasilkan larva-larva setiap tahun sehingga dapat memenuhi sebuah bangunan pencakar langit 108 tingkat.

Gambar via Dailymail

Menurut VAAC lagi, gambar satelit menunjukkan letusan didominasi di puncak puncak kawah tenggara yang kelihatan di celah bahagian selatannya, memancarkan aliran larva baru yang mencapai ketinggian sekitar 2.700 meter .

Gempa berkekuatan 2.7 dicatatkan di gunung sebelum letusan, dengan sekurang-kurangnya 17 gempa tercatat sejak pagi Ahad.

Menjelang pukul 3 pagi waktu tempatan Isnin, letusan di kawah puncak tenggara telah menurun.

Gambar via Dailymail

Pada pagi Isnin, pekerja di kampung-kampung di Catania membersihkan abu hitam yang berada di atas kereta, jalan dan rumah.

Pakar mengklasifikasikan letusan itu sebagai aktiviti Strombolia, letusan yang sederhana dengan letupan berterusan tetapi agak ringan, manakala letusan Plinian, dicirikan sebagai letupan yang menghasilkan campuran gas dan serpihan gunung berapi yang padat dan bergerak dengan kelajuan yang luar biasa.

Letusan Gunung Vesuvius pada tahun 79 Masihi telah menguburkan Pompeii dan Herculaneum.

Dengan ketinggian hampir 11,000 kaki dan lebar 24 batu, Etna adalah gunung berapi terbesar di Eropah.

Gunung berapi berusia 700,000 tahun ini juga merupakan yang kedua paling aktif di Bumi, setelah Gunung Kilauea di Hawaii.

Terletak di antara plat tektonik Afrika dan Eurasia, ia menghasilkan letusan yang hampir berterusan dari pelbagai peringkat.

Gambar via Dailymail
Gambar via Dailymail

Setiap tahun ia menghasilkan lebih daripada puluhan juta tan larva dan lebih dari 7 juta tan karbon dioksida, air dan sulfur dioksida.

Letusan paling teruk berlaku pada bulan Mac 2017, ketika hampir beribu orang cedera.

Tetapi letusan yang dahsyat dicatat sejak 1500 SM, iaitu pada tahun 1169 gempa bumi yang mengorbankan kira-kira 15,000 orang.

Pada tahun 1992, lava yang mengalir di lereng mengancam Zafferana, sebuah kota yang berjumlah 7.000 orang, yang dianggap sebagai letusan paling besar dalam tempoh masa 300 tahun.

Askar menggunakan letupan terkawal untuk mengalihkan aliran lava.

Sumber : Dailymail

The post (Video) Letusan Gunung Berapi Etna Menyebabkan Asap Lava Penuhi Ruang Udara Sicily Setinggi 300 Kaki appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments