(Video) ‘Lembu Ke Awan’, Kisah Inspirasi Boss Susu Kembangkan Perniagaan Guna Teknologi Digital

Bila disebut sahaja Farm Fresh, tagline ‘Ini Barulah Susu Segar’ terngiang-ngiang di telinga. Kisah kejayaan produk ini yang dikendali oleh ‘Boss Susu’ atau Azmi Zainal bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Loi Tuan Ee tidak dapat disangkal lagi.

Bayangkan, dulunya Farm Fresh yang dijual di pasar malam, kini memiliki jualan ratusan juta ringgit setahun dan mempunyai beribu ekar ladang di Malaysia serta Australia. Hebat bukan!

Bagi mereka yang bergelar usahawan, kisah dari Boss Susu yang memulakan perniagaan secara manual bersama Loi sehingga berjaya mengembangkan empayar susu mereka menggunakan teknologi digital boleh dijadikan inspirasi ramai.

”Cows to Cloud”

Ramai yang tidak tahu, Farm Fresh menggunakan teknologi digital dari ladang sehingga ke pengurusan untuk memajukan perniagaan mereka. Sangat efisien dan sistematik.

Menurut Boss Susu, jika mereka tidak menggunakan teknologi digital ini, misi Farm Fresh untuk menghasilkan susu segar yang sedap dengan melakukan penghantaran dalam tempoh 48 jam SECARA KONSISTEN terus kepada pembeli tidak akan tercapai.

Jadi, bagaimana caranya Farm Fresh berjaya dengan menggunakan teknologi digital ini?

Jelas beliau, teknologi digital dari segi pengumpulan data bermula dari ladang Farm Fresh di mana mereka mempunyai data spesifik mengenai pretasi ladang dan pengeluaran lembu.

Dari data digital yang dikumpulkan, sebagai ketua beliau dapat membuat keputusan yang tepat dan melakukan full control ke atas perniagaan.

Pada mulanya, kata Azmi, Farm Fresh mengggunakan teknologi lama yang hanya mampu memerah sekitar 800-900 ekor lembu dalam sehari.

Apabila bertukar kepada mesin yang baru, Farm Fresh boleh memerah 1200-1500 ekor lembu dalam sehari sekaligus menghasilkan pengeluaran susu yang lebih tinggi.

Menerusi data di dalam teknologi digital, beliau sebagai ketua boleh mengeluarkan produk berkualiti tinggi secara konsisten pada setiap bulan.

Menurut beliau, sekiranya mereka tidak menggunakan teknologi digital ini, susu yang diperah akan rosak sebelum sampai ke kilang. Patutlah susu Farm Fresh rasa sedap dan segar!

Di dalam teknologi digital, mereka menggunakan ‘tracking system’ yang sangat penting bagi memantau lokasi lori dan suhu susu supaya boleh sampai ke pembeli dalam keadaan segar dan selamat diminum setelah dikeluarkan dari kilang. Hebat!

Selepas itu, bagi melakukan promosi dan menarik pembeli, Farm Fresh menggunakan platfrom online di mana satu kaedah untuk mereka mengumpulkan data bagi melihat ‘customer behaviour’ atau tingkah-laku pembeli.

Jelas beliau, daripada data yang dikumpulkan, Farm Fresh boleh mengetahui pola pembelian sekaligus melakukan promosi bagi produk yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Sangat mengagumkan.

Kalau nak ‘Go B.I.G’ leader kena berani invest!

Menurut Boss Susu, usahawan yang berskala besar tidak boleh lagi duduk, tunggu dan bergantung kepada penggunaan teknologi manual. Jika tidak, mereka akan ketinggalan dalam perniagaan.

Nasihat beliau, sekiranya usahawan mahu peniagaan mereka GO B.I.G (B-Breakthrough, I-Integrity, G-Good) atau berkembang dan berjaya, mereka perlu berani ambil keputusan untuk invest menggunakan teknologi digital seperti yang dilakukan oleh Farm Fresh.

Go B.I.G with Digital merupakan satu perubahan pemikian yang bermula dengan transformasi digital untuk menjadikan syarikat lebih produktif dengan budaya kerja baharu, yang lebih berintegriti dan menerima bahawa digital itu sebenarnya memberi kebaikan kepada semua ekosistem perniagaan.

Tonton video di bawah, bagaimana Farm Fresh yang dululunya tidak dikenali tetapi dengan bantuan teknologi digital, kini mampu menjadi pengeluar susu terbesar dalam negara. Hebat dan mengagumkan!

The post (Video) ‘Lembu Ke Awan’, Kisah Inspirasi Boss Susu Kembangkan Perniagaan Guna Teknologi Digital appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments